Rebat kereta hibrid dikurangkan; insentif kenderaan elektrik dilanjutkan hingga Dis 2025
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail.
SINGAPURA: Untuk terus menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV), Singapura akan mengurangkan rebat bagi kenderaan hibrid, sambil melanjutkan tempoh insentif untuk semua kenderaan yang menggunakan tenaga yang lebih bersih.
Dalam satu kenyataan media bersama pada Jumaat (20 Sep), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) mengumumkan bahawa rebat Band A2 bagi Skim Menangani Pencemaran Asap Kenderaan (VES) akan diturunkan daripada S$5,000 kepada S$2,500 pada tahun 2025.
Rebat Band A2 digunakan terutamanya untuk kereta hibrid, yang biasanya mengandungi kedua-dua enjin pembakaran dalaman dan motor elektrik.
Walau bagaimanapun, rebat VES Band A1 sedia ada sebanyak S$25,000, yang digunakan terutamanya untuk kebanyakan kereta elektrik, akan dikekalkan.
Di bawah VES, pembeli kereta dan teksi yang baru didaftarkan boleh menerima rebat Yuran Pendaftaran Tambahan (ARF), tertakluk kepada mana-mana ARF minimum yang relevan, atau dikenakan surcaj berdasarkan kategori VES kenderaan.
ARF adalah cukai yang dibayar semasa mendaftarkan kenderaan dan dikira berdasarkan nilai pasaran terbuka kenderaan - kos kenderaan yang diimport ke Singapura.
VES, yang dikendalikan oleh NEA, bertujuan untuk menggalakkan penggunaan kenderaan lebih bersih yang mengeluarkan pelepasan karbon, hidrokarbon, karbon monoksida, nitrogen oksida dan bahan zarah yang lebih rendah.
Pada masa yang sama, LTA akan terus melanjutkan Insentif Penggunaan Awal Kenderaan Elektrik (EEAI) hingga Disember 2025, satu langkah yang pertama kali diumumkan pada September 2023.
EEAI, pertama kali dilancarkan pada 2021, memberikan rebat sehingga 45 peratus ARF kepada pembeli kereta dan teksi elektrik sepenuhnya.
Pemilik yang mendaftarkan kereta dan teksi elektrik pada 2025 akan terus menerima rebat sebanyak 45 peratus daripada ARF, dihadkan kepada S$15,000, kata LTA dalam kenyataan media bersama itu.
Kadar S$0 Yuran Pendaftaran Tambahan (ARF) untuk kereta dan teksi elektrik juga akan dilanjutkan sehingga 31 Dis 2025, tambah pihak berkuasa dalam kenyataan bersama itu.
"Kedua-dua EEAI dan VES bekerjasama untuk mengurangkan jurang kos antara kereta tenaga lebih bersih (termasuk kereta elektrik dan hibrid) dan kereta Enjin Pembakaran Dalaman (ICE), dan telah membantu meningkatkan penggunaan kereta tenaga lebih bersih," kata kenyataan itu.
Dengan penguatkuasaan rebat VES yang disemak itu dan lanjutan EEAI, pembeli EV boleh mendapat rebat sehingga S$40,000.
Pendaftaran kereta tenaga lebih bersih mencapai kira-kira 80 peratus daripada semua pendaftaran kereta baharu antara Januari 2024 dan Ogos 2024, dengan pendaftaran kereta elektrik baharu dalam tempoh yang sama membentuk kira-kira sepertiga daripada semua pendaftaran kereta baharu, dedah kedua-dua agensi itu.
Sejak 2021, sekitar 20,000 kereta dan teksi elektrik telah mendapat manfaat daripada rebat VES dan EEAI.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.