Reaksi bercampur-campur rumah terbuka sekolah menengah di ruang siber
Para ibu bapa memberikan reaksi bercampur-campur kepada langkah mengalihkan rumah terbuka sekolah-sekolah menengah ke ruang siber.
SINGAPURA: Para ibu bapa memberikan reaksi bercampur-campur kepada langkah mengalihkan rumah terbuka sekolah-sekolah menengah ke ruang siber.
Meskipun ia memberikan pilihan untuk para lulusan PSLE menilai program-program yang ditawarkan, rumah terbuka di alam maya itu tidak dapat memberikan sekitaran sebenar sesebuah sekolah.
Tahun ini, lebih 80 peratus sekolah menengah menjalankan rumah terbuka secara maya akibat pandemik COVID-19.
Sekilas pandang, ia hampir seperti lawatan sebenar ke sesebuah sekolah.
Selain menonjolkan program-program yang ditawarkan pihak sekolah, lawatan maya ini juga memberi peluang kepada para ibu bapa mengajukan soalan secara online.
Apa yang pasti, rumah terbuka secara maya ini dapat mendekati lebih ramai orang.
Sesi pertama di Assumption English School misalnya menarik 450 pelawat.
Di Sekolah Paya Lebar Methodist Girls' pula, sesi zoom selama dua hari, menarik lebih 350 ibu bapa.
Namun ada ibu bapa yang lebih suka berbual langsung dengan para guru dan pelajar.
Menurut Kementerian Pendidikan (MOE) maktab-maktab rendah, politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) juga akan mengadakan rumah terbuka secara maya kelak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.