Skip to main content

Singapura

RCEP akan perkukuh kedudukan S'pura sebagai hab eksport

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Perdagangan dalam rantau Asia dijangka mendapat rangsangan apabila perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) berkuat kuasa pada Januari depan.

Menurut para pakar, ini akan mengukuhkan lagi kedudukan Singapura sebagai hab serantau khususnya dalam eksport kimia.

Namun, pelaksanaan perjanjian itu masih menjadi tanda tanya.

120,000 liter bahan tambahan dihasilkan di kilang berkenaan.

Bahan-bahan kimia yang membentuk salutan kepada baja mengelakkan kehilangan nutrien akibat keadaan sekitaran seperti hujan.

Namun bahan tambahan itu lebih mahal untuk dihasilkan.

Menurut syarikat Singapore Agrotechnologies, sejak pandemik COVID-19, harga nitrogen meningkat kepada AS$700 (S$947) setiap tan, berbanding antara AS$200 (S$270) hingga AS$300 (S$406) sebelum pandemik.

Bagi mengelakkan kos yang kian meningkat, syarikat ini memanfaatkan rangkaian lebih 20 Perjanjian Perdagangan Bebas Singapura untuk mendapatkan bahan-bahan mentah.

Namun, ia perlu mengharungi pelbagai rangka kerja dengan peraturan yang berbeza-beza bagi setiap negara.

Perjanjian RCEP bertujuan untuk memudahkan prosedur-prosedur kastam.

Misalnya, bahan-bahan mentah dari 15 negara RCEP boleh menerima potongan cukai kastam apabila dieskport dari Singapura.

Ini bermakna proses kelulusan kastam yang lebih cepat, serta kurang masa simpanan di gudang dan kos logistik yang lebih rendah.

Singapura merupakan antara 10 pengeksport kimia terbesar di dunia.

Bahan-bahan kimia membentuk sekitar 30 peratus hasil pengeluaran.

RCEP dijangka akan merangsang perdagangan dalam rantau Asia,meningkatkan nilai kimia yang dieksport.

Namun, sesetengah syarikat berpendapat, lebih penjelasan tentang perlaksanaannya diperlukan.

RCEP dijangka dapat melancarkan lagi aliran dagangan dalam Asia dan membantu Singapura memanfaatkan rantaian bekalan serantau dengan lebih baik.

Ini akan memberi lebih banyak keyakinan kepada prospek ekonomi jangka panjang di rantau ini.

Sumber : CNA/SY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita