Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Raziff Hamid sudah 15 tahun turun litar F1

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kejohanan lumba kereta Grand Prix Formula One (F1) Singapura berlangsung hujung minggu ini dari 15 hingga 17 September.

Antara mereka yang tidak sabar menantikan perlumbaan itu adalah Raziff Hamid, 54 tahun yang menyumbang tenaga sebagai tenaga sukarela bagi perlumbaan sebelah malam pertama di dunia yang menjadi perlumbaan ikonik dalam sejarah F1 sejak 2008.

Encik Raziff bertugas sebagai seorang ketua sektor yang memberi arahan kepada para pegawai perlumbaan dan memastikan keselamatan mereka.

Beliau juga harus memastikan sektor di bawah jagaannya dilengkapi dan siap untuk fungsi rutin yang diperlukan.

Selain itu, beliau turut bertanggungjawab ke atas sebarang insiden atau masalah yang mungkin timbul.

"Kenangan yang tidak dapat saya lupakan adalah pada tahun 2018 apabila kereta Redbull Mark Webber terbakar dan pasukan saya harus menyelamatkannya daripada kereta," kongsi Encik Raziff kepada BERITA Mediacorp.

Encik Raziff berkata pasukannya agak terperanjat kerana insiden itu adalah yang pertama berlaku sejak F1 diadakan di Singapura.

Menurutnya semua pegawai, doktor dan bomba bekerjasama untuk memastikan tiada sesiapa yang tercedera.

Insiden tersebut dirakam oleh penonton dan dimuat naik ke YouTube.
Selain daripada tugasnya di litar Encik Raziff juga Ketua Editor surat berita bagi sukarelawan F1, 'Off Track' untuk setiap hari perlumbaan.
Gambar: Raziff Hamid
"Para sukarelawan suka melihat diri mereka bertugas dan ini akan menggalakkan mereka untuk terus bertenaga bagi kesemua hari F1 berlangsung," kata Encik Raziff.

Di samping itu, mereka juga akan dapat mengetahui tugas masing-masing dengan lebih baik kerana setiap sukarelawan mempunyai tugas yang berbeza, tambahnya.

Encik Raziff berkata latihan bagi para sukarelawan turut bermula sejak April dan kesemua mereka tidak sabar menantikan permulaan acara.

"Minggu lalu, kami sudah rewang untuk membekal makanan bagi para sukarelawan dan pastikan alat-alat yang diperlukan sudah ada," jelas Encik Raziff.
Gambar: Raziff Hamid
Encik Raziff berkata Grand Prix Singapura sangat prihatin dengan kebajikan para sukarelawan malah turut menyediakan ruang solat bagi para pekerja dan sukarelawan Muslim F1 untuk bersolat Jumaat.
Sumber : BERITA Mediacorp/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan