Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rayuan kes bunuh isteri hamil & anak perempuan 4 tahun ditolak; tertuduh dihukum mati

Anggaran Waktu Membaca:
Rayuan kes bunuh isteri hamil & anak perempuan 4 tahun ditolak; tertuduh dihukum mati

Teo Ghim Heng didakwa membunuh Choong Pei Shan dan empat anak perempuannya. (Gambar: TODAYonline)

SINGAPURA: Seorang lelaki yang mencekik isterinya yang hamil sebelum membunuh anak perempuannya yang berusia empat tahun gagal dalam rayuannya terhadap sabitan dua pembunuhan pada Rabu (23 Feb).

Semasa menyampaikan keputusan bagi pihak panel seramai lima hakim, Hakim Judith Prakash menolak rayuan tersebut dan menegakkan sabitan serta hukuman mati yang dijatuhkan terhadap lelaki tersebut.

Teo Ghim Heng dijatuhi hukuman mati pada November 2020 kerana membunuh isterinya, Cik Choong Pei Shan yang hamil enam bulan pada ketika itu serta anak perempuan mereka di sebuah flat di Woodlands.

BACA: Lelaki bunuh isteri hamil, anak perempuan 4 tahun rayu alami gangguan mental

BACA: Suspek kes dua pembunuhan di Woodlands diiring ke tempat kejadian

Teo diwakili oleh peguam belanya, Eugene Thuraisingam, Suang Wijaya dan Johannes Hadi. Semasa mengemukakan rayuan itu, mereka menumpukan pembelaan kepada tanggungjawab yang berkurangan sambil berhujah bahawa adalah tidak wajar untuk hakim perbicaraan mendapati Teo tidak mengalami gangguan kemurungan pada masa kesalahan itu dan tanggungjawab mental Teo tidak terjejas dengan ketara

Rayuan itu didengar oleh panel lima hakim: Hakim Besar Sundaresh Menon, serta Hakim Judith Prakash, Steven Chong, Belinda Ang dan Chao Hick Tin.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan