Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rayuan Jolovan Wham ditolak; pilih masuk penjara sekali lagi

Aktivis Jolovan Wham akan dipenjarakan dan bukannya membayar denda buat kali ketiga selepas rayuannya terhadap hukuman serta sabitan atas perhimpunan haram, yang dilakukan di luar Mahkamah Negara pada 2018, ditolak.

Anggaran Waktu Membaca:
Rayuan Jolovan Wham ditolak; pilih masuk penjara sekali lagi

Aktivis Jolovan Wham. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

SINGAPURA: Aktivis Jolovan Wham akan dipenjarakan dan bukannya membayar denda buat kali ketiga selepas rayuannya terhadap hukuman serta sabitan atas perhimpunan haram, yang dilakukan di luar Mahkamah Negara pada 2018, ditolak.

Wham, 42 tahun, hadir di Mahkamah Tinggi pada Jumaat (9 Sep) untuk merayu terhadap sabitan ke atas satu dakwaan mengambil bahagian dalam perhimpunan di kawasan terlarang di bawah Akta Ketenteraman Awam.

Dia juga merayu terhadap hukumannya, denda sebanyak S$3,000 yang dikenakan pada Februari. Sekiranya Wham ingkar tidak membayar denda tersebut, dia perlu menjalani hukuman penjara selama 15 hari.

Wham didakwa atas perbuatan memegang sepanduk bertulis "Gugurkan dakwaan terhadap Terry Xu dan Daneil De Costa" di luar Mahkamah Negara pada pagi 13 Disember 2018.

Terry Xu Yuanchen, ketua editor The Online Citizen (TOC), dan Daniel De Costa Augustin didakwa pada hari berkenaan di Mahkamah Negara atas fitnah jenayah berhubung satu rencana yang ditulis untuk laman TOC yang kini sudah tidak lagi berfungsi.

Pada Jumaat, Wham hadir di mahkamah bersama sekumpulan penyokong. Dia sebelum ini dilepaskan yang membawa kepada pembebasannya bagi perbuatan memegang sekeping kadbod dengan gambar muka tersenyum di Toa Payoh, dalam satu lagi bantahan pada Mac 2020.

Peguam Wham, Johannes Hadi, bertanya kepada mahkamah: "Adakah seseorang individu perlu mempunyai permit untuk mengambil gambar di luar Mahkamah Negara?"

Beliau berhujah bahawa apabila "tiada risiko kepada ketenteraman awam", tindakan sedemikian tidak tergolong dalam takrifan sebuah perhimpunan seperti dinyatakan di bawah Akta Ketenteraman Awam.

Sekiranya rayuan terhadap sabitannya ditolak, Wham meminta agar dendanya dikurangkan kepada S$1,500 atau sebaliknya hukuman penjara lima hari jika ingkar.

Timbalan Peguam Negara Tai Wei Shyong berkata ia bukan terletak pada Wham untuk menentukan sama ada kegiatannya membawa ancaman kepada ketenteraman awam.

Sebelum insiden di luar Mahkamah Negara pada 13 Disember 2018, Wham sudahpun memfailkan sekurang-kurangnya lapan permohonan di bawah Akta Ketenteraman Awam untu permit bagi mengadakan perhimpunan dan/atau perarakan antara 2010 hingga 2018.
Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan