Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rawatan mata baru Vabysmo boleh rawat masalah penglihatan berkaitan usia, kencing manis

Anggaran Waktu Membaca:
Rawatan mata baru Vabysmo boleh rawat masalah penglihatan berkaitan usia, kencing manis

Gambar Hiasan

Diterbitkan : 18 Jul 2022 08:17PM Dikemas Kini : 18 Jul 2022 08:18PM
SINGAPURA: Anda kini boleh menggunakan sejenis dadah atau ubat baru bagi rawatan mata untuk masalah penglihatan berkaitan usia atau kencing manis.

Dihasilkan oleh Institut Kajian Mata Singapura (SERI) dan firma farmaseutikal Roche, ia merupakan ubat pertama yang menyasarkan kedua-dua penyakit berkenaan.

Dipanggil Vabysmo, ia digunakan dengan menyuntik ubat tersebut ke mata pesakit.

Ubat baru itu hanya perlu digunakan setiap empat bulan. Ini berbanding rawatan sekarang yang memerlukan suntikan setiap bulan.

Rawatan itu ditawarkan di Pusat Mata Kebangsaan Singapura (SNEC) dan sebilangan klinik pakar privet.

Pada bulan depan, ia akan diluaskan pula ke semua pusat jagaan kesihatan awam.
Sumber : CNA/DY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan