Rawatan ketagihan dadah, minuman keras akan disertakan di bawah MediShield Hayat
Skim seperti pembayaran bersama atau 'co-payment' dan rawatan yang memerlukan keizinan dulu, akan memastikan sumber-sumber digunakan sebaik mungkin.
SINGAPURA: Rawatan bagi ketagihan dadah dan minuman keras akan disertakan di bawah pelan insurans MediShield Hayat bermula Mac tahun depan.
Meski perlindungan itu dijangka meringankan beban mereka yang ingin menjalani pemulihan, sesetengah pihak prihatin, langkah itu akan sebaliknya menggalakkan penyalahgunaan dadah dan alkohol.
Pusat pemulihan WE CARE misalnya, bimbang pesalah akan memilih untuk tidak mengubah gaya hidupnya lalu membebankan lagi sistem perubatan dari segi kewangan.
Syarikat insurans Aviva pula percaya, risikonya terhad.
Ini kerana MediShield Hayat tidak memperuntukkan agihan tunai kepada para pemegang polisi insurans.
Skim seperti pembayaran bersama atau 'co-payment' dan rawatan yang memerlukan keizinan dulu, akan memastikan sumber-sumber digunakan sebaik mungkin.
Namun, yang lebih utama adalah, usaha seperti sokongan psikologi bagi pesakit yang menjalani pemulihan - bermakna MediShield Hayat sahaja tidak mencukupi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.