Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ravi Menon dilantik semula sebagai Ketua MAS buat 2 tahun lagi

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Jumaat (12 Mei) mengumumkan pelantikan semula Encik Ravi Menon sebagai Pengarah Urusan buat satu penggal lagi selama dua tahun.

Encik Menon akan bertugas sehingga 31 Mei 2025, atau sehingga persaraannya daripada Perkhidmatan Awam Singapura, berdasarkan mana satu yang berlaku dahulu, menurut MAS dalam satu sidang media.

Beliau juga akan dilantik semula sebagai anggota lembaga MAS buat dua tahun lagi.

Pengumuman bank pusat itu berlaku sejurus selepas Bloomberg melaporkan bahawa Encik Menon dijangkakan meletak jawatan selepas 12 tahun mengetuai bank itu.

Memetik individu-individu yang mengetahui tentang perkara itu, laporan tersebut mengenal pasti seorang bekas timbalan, Encik Chia Der Jiun, sebagai penggantinya.
MAS menyatakan pada Jumaat bahawa Peguam Negara Lucien Wong dan Encik Chaly Mah, pengerusi NetLink NBN Management, akan dilantik semula dalam lembaga itu buat satu penggal lagi selama tiga tahun dari 1 Jun 2023 hingga 31 Mei 2026.

Encik Mah juga akan dilantik semula sebagai pengerusi jawatankuasa audit buat tempoh yang serupa.

Sementara itu, Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong akan meletak jawatan daripada jawatannya sebagai Penasihat Kanan bagi MAS pada 21 Mei.

"Sejak pelantikannya pada Mei 2011, beliau sudah memberi nasihat lembaga MAS dan mengongsi kemahirannya kepada pelbagai perkara," menurut pengawal kewangan itu.

Encik Goh sebelum ini memegang jawatan pengerusi lembaga MAS dari 20 Ogos 2004.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan