Ravi Menon dilantik Duta Tindakan Iklim pertama SG
Singapura akan mempunyai dutanya yang pertama bagi Tindakan Iklim.
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Singapura akan mempunyai dutanya yang pertama bagi Tindakan Iklim.
Encik Ravi Menon akan menyandang jawatan itu mulai 1 hari bulan Mei.
Menurut Sekretariat Perubahan Iklim Negara (NCCS) mantan ketua Penguasa Kewangan Singapura (MAS) itu akan memainkan peranan utama dalam usaha menangani perubahan iklim di Singapura dan luar negara, serta mewakili negara ini di platformp tindakan iklim antarabangsa.
"Beliau juga akan memacu kerjasama awam-swasta dengan pihak kepentingan tempatan, khususnya masyarakat usahawan untuk membantu mereka merebut peluang supaya maju dalam masa hadapan rendah karbon," kata NCSS pada Selasa (26 Mac).
Encik Menon juga akan menasihati di NCSS yang berada di bawah naungan Pejabat Perdana Menteri, mengenai dasar dan tindakan pemerintah secara menyeluruh mengenai iklim.
Singapura menetapkan sasaran mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050.
Antara strategi untuk mencapai sasaran itu termasuk melabur dalam teknologi rendah karbon dan menggalakkan perubahan dalam amalan perniagaan.
"Singapura akan memainkan peranan aktif dalam memupuk kerjasama antarabangs abagi tindakan iklim global dan menggunakan kelebihan kita sebagai sebuah hab global untuk berbuat demikian," menurut NCSS.
Encik Menon adalah pengarah pengurusan MAS yang paling lama berkhidmat. Beliau memegang jawatan itu pada 2011 sehingga persaraan beliau pada 1 Januari lalu.
Semasa berkhidmat di pusat bank itu, beliau membantu membangunkan ekosistem kewangan hijau untuk menyokong peralihan Singapura dan Asia ke arah masa depan rendah karbon.
Beliau juga memimpin usaha MAS untuk membangunkan sebuah taksonomi bagi peralihan kewangan, memupuk gabungan antarabangsa untuk menggalakkan kredit peralihan serta membina sebuah wadah kewangan campuran dan meningkatkan daya perbankan projek hijau dan peralihan di Asia.
"Encik Menon mempunyai rangkaian antarabangsan yang kukuh dalam kewangan iklim," menurut NCSS sambil menarik perhatian beliau mempengerusi jawatankuasa antarabangsa seperti Rangkaian Pusat Bank dan Lembaga Penasihat Asia Pasifik Perikatan Kewangan Glasgow bagi Sifar Bersih.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.