Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ratu Elizabeth II lambang harapan, kestabilan dan kesinambungan, kata PM Lee

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Sep 2022 09:18PM Dikemas Kini : 22 Sep 2022 10:46AM
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyifatkan Ratu Elizabeth II sebagai lambang harapan, kestabilan dan kesinambungan.

Encik Lee berkata demikian dalam ucapan takziah yang diutuskan kepada Raja Charles III dan kerabat dirajanya.

Dalam catatan di Facebook pada Isnin (19 Sep), PM Lee menambah bahawa Ratu Elizabeth akan sentiasa diingati atas rasa tanggungjawabnya kepada Britain, Komanwel dan dunia.

Sebagai tanda penghormatan, bendera-bendera negara di bangunan-bangunan pemerintah Singapura dikibarkan separuh tiang hari ini (19 Sep).

Dalam kalangan 2,000 tetamu yang berhimpun untuk upacara persemadian negara itu, 500 daripadanya adalah para pemimpin dunia, termasuk Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, Maharaja Naruhito dari Jepun, Naib Presiden China Wang Qishan, Presiden Singapura Puan Halimah Yacob dan Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa.

Sebelum upacara persemadian negara Ratu Elizabeth di London, Puan Halimah dan suaminya melawat Dewan Westminster untuk memberikan penghormatan terakhir.
 
Puan Halimah juga menandatangani buku takziah di Lancaster House.

Anda boleh ikuti Upacara Persemadian Negara bagi Ratu Elizabeth II yang bersiaran secara langsung di meWATCH. Berikut butirannya:

Tarikh & waktu Singapura
Tarikh: Isnin, 19 September 2022
Waktu: 3.00 petang hingga 12.00 tengah malam
Sumber : CNA/ZK/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan