Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rating online ejen hartanah diperkenal demi tingkat tahap profesionalisme sektor

Para pembeli dan penjual hartanah kini boleh menilai ejen-ejen hartanah secara online. Ia sebahagian daripada usaha meningkatkan tahap profesional sektor tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Oct 2020 10:39PM Dikemas Kini : 22 Oct 2020 10:46PM

SINGAPURA: Para pembeli dan penjual hartanah kini boleh menilai ejen-ejen hartanah secara online. Ia sebahagian daripada usaha meningkatkan tahap profesional sektor tersebut.

Penilaian yang diberikan itu akan membantu orang ramai memilih ejen hartanah yang terbaik bagi memenuhi keperluan masing-masing.

Satu garis panduan juga akan diperkenalkan bagi ejen-ejen untuk menyediakan perkhidmatan memenuhi jangkaan para pelanggan mereka.

Ia adalah hasil kerjasama selama 11 bulan antara kumpulan kerja pelbagai pihak yang diterajui Majlis Agensi Hartanah (CEA).

Sejauh ini, syarikat OrangeTee & Tie dan ERA Realty Network merupakan antara agensi yang sudah mengambil bahagian.

Ejen-ejen juga perlu memasarkan diri masing-masing dan memperbaiki tahap perkhidmatan dengan penilaian para pengguna.

Menteri Negara Pembangunan Negara Tan Kiat How melancarkan garis panduan itu di acara maya ulang tahun ke-10 CEA hari ini (22 Okt).

Bercakap kepada lebih 150 pemimpin dan pegawai industri, beliau menarik perhatian usaha-usaha yang dilaksanakan sebelum ini sudahpun menurunkan jumlah aduan terhadap ejen serta syarikat hartanah sebanyak lebih 30 peratus sepanjang sedekad lalu.

Namun, beliau menggesa industri itu untuk terus menerus dibentuk semula terutama sekali apabila apa yang dicari oleh para pelanggan bukanlah sekadar maklumat sahaja. 

Sumber : CNA/HK/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan