Rasel Catering Singapore digantung selepas 284 orang keracunan makanan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Hiasan
SINGAPURA: Syarikat katering makanan Rasel Catering Singapore digantung oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) menyusuli penularan kes keracunan makanan yang menjejas 284 orang.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu (19 Nov), Kementerian Kesihatan (MOH) dan SFA melaporkan bahawa 284 82 orang yang terjejas itu melaporkan mereka mengalami tanda penyakit radang perut dan usus (gastroenteritis) selepas makan sajian daripada Rasel Catering Singapore antara 8 Nov dengan 16 Nov.
Mereka mendapatkan rawatan pesakit luar, makan ubat sendiri, atau telah pulih tanpa rawatan, kata MOH dan SFA.
Syarikat katering yang mempunyai sijil halal itu menyediakan sajiannya di 253 Pandan Loop, dan akan digantung oleh SFA sehingga satu tarikh kelak.
Tiada sesiapa dimasukkan ke hospital, tambah kenyataan itu.
Menurut MOH dan SFA semua pengendali makanan yang bekerja di premis syarikat itu kini perlu menghadiri semula dan lulus Kursus Keselamatan Makanan Peringkat 1 selain diuji negatif bagi patogen bawaan makanan sebelum mereka boleh kembali bekerja sebagai pengendali makanan.
Pegawai kebersihan makanan yang ditugaskan di premis itu juga dikehendaki menjalani semula dan lulus Kursus Keselamatan Makanan Tahap 3 sebelum kembali bekerja.
Pemegang lesen khidmat katering itu juga dikehendaki membersihkan premis, termasuk peralatan dan perkakas. Mereka juga perlu membuang semua makanan sedia ada dan bahan makanan mudah rosak.
Dalam kenyataan itu, SFA mengingatkan pengusaha makanan supaya mematuhi amalan makanan yang baik dan kebersihan peribadi pada setiap masa.
“SFA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang didapati melanggar Akta Kesihatan Awam Sekitaran,” jelas kenyataan itu.
Ia menambah bahawa orang ramai yang mendapati amalan kebersihan yang tidak baik di kedai makanan dinasihatkan agar tidak melanggani tempat tersebut, dan melaporkannya kepada SFA melalui borang maklum balas di laman www.sfa.gov.sg/feedback.

Sumber : CNA/SU/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.