Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rasa malu, khuatir dipandang serong antara faktor isteri yang dirogol suami derita dalam sepi

Malu untuk menceritakan tentang masalah rumahtangga serta takut bahawa pekerjaan suami akan terjejas, menjadi antara faktor para isteri yang dirogol oleh suami menderita dalam sepi.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Malu untuk menceritakan tentang masalah rumahtangga serta takut bahawa pekerjaan suami akan terjejas, menjadi antara faktor para isteri yang dirogol oleh suami menderita dalam sepi.

Kekhuatiran dipandang serong oleh anggota keluarga turut menjadi faktor penghalang.

Demikian pandangan sebilangan peguam tentang mengapa tidak ramai isteri yang dirogol suami tampil ke depan, untuk mendapatkan bantuan.

Pemansuhan imuniti perkahwinan bagi kesalahan merogol pasangan, merupakan antara saranan utama bagi rombakan Kanun Keseksaan yang diumumkan baru-baru ini.

"Mereka tak nak memburukkan pihak suami, mereka nak jaga maruah suami tersebut dan saya rasa kalau mereka berdepan dengan keluarga-mara mereka, mungkin pihak isteri akan dipanggil seorang yang penipu," kata Mohamed Fazal Abd Hamid, seorang peguam dari IRB Law LLP.

Halijah Mohamad, seorang peguam dari Halijah Mohamad & Co, pula berkata: "Mangsa merasa takut. Kalau mereka melaporkan kes ini dan buat laporan polis terhadap pihak suami, jadi pihak suami akan mendapat masalah dari segi undang – undang dan mungkin pekerjaan beliau akan terjejas." 

Sumber : BERITA Mediacorp/MY/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan