"Rasa macam kipas': Pemilik rumah Tengah bangkitkan isu sistem penyejukan berpusat
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Beberapa pembeli flat di Tengah yang mendapatkan sistem penyejukan berpusat mengadu tentang pelbagai isu termasuk tidak cukup sejuk, bocor dan keadaan wap.
Mereka membincangkan keprihatinan mereka itu di kumpulan sembang di Telegram, dengan sekurang-kurangnya dua video yang dimuat naik tersebar luas mengenai kebocoran dari unit penyejuk di flat baharu mereka.
Tengah, yang seluas 700 hektar di bahagian barat negara, diuar-uarkan sebagai bandar bijak dan mesra alam pertama dan terbesar Singapura menggunakan sistem penyejukan berpusat.
Meskipun sistem itu sudah digunakan secara komersil, ia masih satu konsep baharu bagi perumahan awam.
Pembeli di Tengah diberi pilihan mendapatkan sistem itu atau unit penghawa dingin konvensional.
SP Group yang menguruskan pendaftaran, pemasangan dan penyenggaraan sistem dan bekerjasama dengan pengeluar sistem penghawa dingin Daikin, mendiagnosis dan menghuraikan isu yang dilaporkan.
Menurut laman web yang disediakan untuk penduduk Tengah oleh SP Group, 10,675 pemilik rumah sudah mendaftar untuk sistem penyejukan itu setakat 23 Ogos iaitu sekitar 90 peratus pemilik rumah.
Mereka yang membeli flat di Plantation Acres dan Plantation Grange - dua projek pertama di Tengah - mula mendapat kunci rumah pada hujung Ogos.
Setakat 26 September lalu, 295 daripada 2,333 unit di kedua-dua kawasan itu telah mendapatkan kunci mereka, menurut laporan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB)
SISTEM BOCOR, WAP
Beberapa penduduk yang ditemui Mediacorp berkata mereka mendapati masalah sistem bocor dan wap pada unit penyejukan mereka.
"Air terkumpul di dalam unit penyejuk dan apabila saya menyentuh 'blower' secara tidak sengaja, air itu terus mengalir dan mula menitis dengan perlahan selepas itu," kata Cik Lim, 38 tahun.
Pemilik rumah boleh mengimbas kod QR pada notis SP Group yang dilekatkan di tembok flat mereka untuk melaporkan kerosakan, jelas syarikat pembekal elektrik dan gas itu.
Menurut seorang jurucakapnya, kebanyakan maklum balas yang diterima telahpun ditangani pada 6 Oktober.
TIDAK CUKUP SEJUK
Aduan yang paling dibuat adalah berkenaan dengan aliran udara tidak cukup sejuk berbanding alat penghawa dingin konvensional.
"Ia sejuk. Tetapi tidak seperti penghawa dingin dalam suhu yang sama," kata Encik Manny, pembeli flat di Plantation Grange .
Sistem itu mempunyai kuasa penyejukan 9,000 BTU – ukuran standard untuk kapasiti sistem penyejukan itu.
"Sejujurnya, saya tidak pasti (sama ada) ia adalah satu kerosakan kerana setahu saya penghawa dingin di rumah ibu bapa saya ialah 10,000 BTU dan ia sangat sejuk - jauh berbeza daripada apa yang saya alami," kata Cik Lim yang mendapatkan kuncinya pada 29 Ogos.
Ada juga kumpulan pemilik lain yang berpuas hati dengan tahap kesejukan sistem itu.
Cik Nurul Atiqah, berkata kakitangan SP Group menasihatkannya menutup semua pintu dan tingkap apabila menggunakan sistem penyejukan dan aliran udara menjadi lebih sejuk pada minggu-minggu selepas itu.
Pengurus jururawat Mary Ann, 47 tahun, pula berkata meskipun udara dari sistem itu serupa dengan kipas, dia diberitahu bahawa ia akan mengambil masa kira-kira dua minggu bagi sistem itu menjadi lebih sejuk.
Dalam e-mel yang dihantar kepada pemilik rumah minggu lalu, SP Group berkata ia akan melakukan pemeriksaan antara 9 hingga 31 Okt bagi penduduk yang telah mengambil kunci mereka.
"Pemeriksaan sistem dari jarak jauh" dan "pemeriksaan operasi" akan dijalankan untuk memastikan tahap kesejukan yang konsisten. Juruteranya juga akan "memperbaiki" unit yang diperiksa jika perlu, dan maklum balas daripada penduduk akan ditangani.
Semasa tempoh pemeriksaan itu, penghuni tidak perlu membayar semua caj utiliti bagi sistem penyejukan.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, SP Group berkata: "Disebabkan kerja pembinaan yang tertangguh disebabkan pandemik COVID-19, HDB mempercepat kerja-kerja binaan untuk menyerahkan flat di Tengah kepada penduduk."
Lantas, pihaknya memerlukan lebih banyak masa untuk memastikan sistem penyejukan berpusat berjalan lancar, tambahnya.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.