'Rasa ketinggalan': Gaji lebih tinggi tidak dicapai segelintir siswazah
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail.
SINGAPURA: Kenaikan median gaji permulaan bagi siswazah tahun lalu menyebabkan beberapa individu daripada Kelas 2022, yang mempunyai gaji lebih rendah daripada rakan sebaya mereka, berasa seperti ketinggalan.
Tinjauan tempatan yang dikeluarkan bulan lalu mendapati bahawa gaji median bulanan bagi siswazah tahun lalu naik daripada S$3,800 pada 2021 kepada S$4,200.
Ini merupakan lonjakan yang tinggi berbanding tahun-tahun sebelum ini, di mana gaji median bagi siswazah hanya naik S$100 setiap tahun.
Seorang siswazah kejuruteraan mekanikal yang bekerja dalam bidang operasi dalam industri automotif, memberitahu Mediacorp bahawa gaji permulaannya ialah S$3,500 – jauh di bawah gaji median tahun lalu iaitu S$4,600 bagi mereka dalam jurusan kejuruteraan.
Lelaki berusia 26 tahun itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Lewis, tamat pengajian di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pada Mei tahun lalu. Pekerjaannya sekarang adalah satu daripada tiga tawaran yang diterimanya dalam tempoh sebulan selepas memohon pekerjaan selepas menamatkan pengajian pada Mei tahun lalu.
Dua syarikat lain menawarkan gaji lebih tinggi sedikit iaitu S$3,600 tetapi beliau akhirnya memilih pekerjaannya sekarang disebabkan reputasi syarikat dan prospek menerima bonus sehingga enam bulan.
"Saya berasa agak ketinggalan," akuinya. "Tetapi pada tahap kerjaya saya pada masa ini, saya masih banyak belajar dan oleh itu tumpuan saya bukan tentang nilai wang yang saya perolehi, sebaliknya pendedahan dan pengalaman yang saya akan terima."
Seorang lagi siswazah, yang menerima ijazah dalam sistem maklumat dari Universiti Nasional Singapura (NUS) pada Mei lalu, ditawarkan S$5,200 bagi peranan pembangun perisian.
Lelaki berusia 27 tahun itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Keith, berjaya meminta gaji lebih tinggi iaitu S$5,500.
Sekalipun demikian, gajinya masih lebih rendah daripada gaji permulaan median S$5,625 bagi mereka yang berada dalam kelompok teknologi maklumat dan digital.
PENURUNAN DALAM SISWAZAH YANG BEKERJA DALAM TEMPOH ENAM BULAN
Menurut Tinjauan Pengambilan Pekerja dalam Kalangan Siswazah Universiti Autonomi Bersama 2022, 93.8 peratus daripada 10,700 siswazah dalam tenaga buruh yang ditinjau sudah bekerja dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan peperiksaan akhir mereka.
Ini merosot daripada 94.4 peratus pada 2021 yang mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan dan penurunan pertama sejak 2017.
Namun pakar HR memberitahu Mediacorp mereka tidak terlalu bimbang dengan kemerosotan tersebut.
"Penurunan sedikit...bukan sesuatu untuk dibimbangkan," kata Dr David Leong, rakan pengurusan PeopleWorldwide Consulting, firma penasihat HR dan carian.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.