Rapat Umum Hari Kebangsaan PM Lawrence Wong bermula pukul 6.45 petang pada 17 Ogos
Perdana Menteri Lawrence Wong akan menyampaikan ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan mulai pukul 6.45 petang pada Ahad (17 Ogos).
Perdana Menteri Lawrence Wong melambai di atas pentas semasa Rapat Hari Kebangsaan 2024. (Gambar: CNA/Wallace Woon)
PM Wong akan mula berucap dalam bahasa Melayu, diikuti dengan bahasa Mandarin.
Ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan dalam bahasa Inggeris akan bermula pada pukul 8.00 malam, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan tahun ini disampaikan dari ibu pejabat Kolej Institut Pendidikan Teknikal (ITE) di Ang Mo Kio.
Ia akan disiarkan di saluran televisyen dan stesen radio setempat.
CNA akan menyiarkan ucapan tersebut dengan sari kata dalam bahasa Inggeris.
Ucapan Encik Wong juga akan disiarkan dalam bahasa Inggeris di Saluran 5 dan CNA938; dalam bahasa Mandarin di Saluran 8, Saluran U dan CAPITAL 958; dalam bahasa Melayu di Suria dan WARNA 942; dan dalam bahasa Tamil di Vasantham dan OLI 968.
Ia juga akan disiarkan secara langsung menerusi laman CNA, akaun YouTube CNA, laman Facebook dan akaun TikTok CNA, serta menerusi akaun YouTube PMO dan Encik Wong.
Kemas kini secara langsung juga akan disediakan menerusi akaun WhatsApp dan Telegram Encik Wong.
Mereka yang terlepas menyaksikan siaran langsung Rapat Umum Hari Kebangsaan 2025 boleh menontonnya di akaun YouTube PMO atau di laman web PMO mulai 18 Ogos.
Rapat Umum Hari Kebangsaan dilihat sebagai ucapan politik paling penting setiap tahun, di mana perdana menteri berucap kepada seluruh negara dan membuat pengumuman dasar utama.
Ini merupakan Rapat Umum Hari Kebangsaan yang kedua bagi Encik Wong, dan yang pertama sejak beliau mengetuai Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.