Skip to main content

Singapura

Rapat Umum Hari Kebangsaan 2021 diadakan pada 22 Ogos di Mediacorp

Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan menyampaikan ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan tahun ini pada 22 Ogos, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Jumaat (2 Jul). 

Anggaran Waktu Membaca:
Rapat Umum Hari Kebangsaan 2021 diadakan pada 22 Ogos di Mediacorp

Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyampaikan ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan pada 18 Ogos 2019. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 02 Jul 2021 07:10PM Dikemas Kini : 02 Jul 2021 07:11PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan menyampaikan ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan tahun ini pada 22 Ogos, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Jumaat (2 Jul).

Ia akan diadakan di Mediacorp di 1 Stars Avenue.

Rapat Umum Hari Kebangsaan dianggap sebagai ucapan politik paling penting tahun ini dan dijadikan sebagai wadah untuk Perdana Menteri berucap kepada seluruh negara sambil berkongsi perkara-perkara penting tentang dasar-dasar negara.

Menurut Arkib Negara, Rapat Umum Hari Kebangsaan diadakan setiap tahun sejak 1966 kecuali pada tahun lalu.

Tahun lalu, PM Lee memutuskan untuk membuat ucapan di Parlimen dan bukannya Rapat Umum Hari Kebangsaan disebabkan oleh penularan COVID-19.

Beliau berkata pada ketika itu bahawa “adalah mustahil untuk mengadakan Rapat Umum Hari Kebangsaan secara fizikal dan menganjurkan sebuah acara seperti biasa, dengan kehadiran penonton di hadapan saya".

Semasa ucapannya di Parlimen, PM Lee turut memberikan penilaiannya terhadap respons Singapura kepada pandemik COVID-19. Beliau juga menyentuh tentang usaha memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial dan meneliti semula dasar-dasar pekerja hijrahan.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita