Rapat Pilihan Raya Presiden tidak digalakkan, "mungkin memecahbelahkan": ELD
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Rapat pilihan raya tidak digalakkan bagi Pilihan Raya Presiden dan tiada lokasi khusus disediakan untuk melakukan demikian.
Jabatan Pilihan Raya (ELD) menyatakan demikian pada Sabtu (12 Ogos).
Ini kerana "format dan ciri-ciri" rapat pilihan raya mungkin boleh memecahbelahkan dan tidak sesuai dengan peranan seorang presiden dilantik yang seharusnya menyatupadukan, menurut ELD dalam kenyataan medianya.
Rakyat Singapura akan keluar mengundi dalam Pilihan Raya Presiden para 1 September, jika lebih seorang calon layak bertanding bagi jawatan tersebut.
Hari Penamaan Calon pula jatuh pada 22 Ogos dan tempoh bertenang, di mana tiada kempen dibenarkan adalah sehari sebelum hari mengundi.
Dalam Rang Undang-Undang Pilihan Raya Presiden (Pindaan) yang diluluskan pada 2017 - sebelum Presiden Halimah Yacob dipilih - perubahan dilakukan supaya pemerintah tidak menyediakan sebarang tapak rapat semasa Pilihan Raya Presiden, selepas Suruhanjaya Perlembagaan mengambil pendirian untuk tidak menggalakkannya.
Para calon yang masih mahu mengadakan rapat pilihan raya boleh melakukannya tetapi perlu mendapatkan kelulusan bagi premis atau daripada pemilik lokasi dan kemudian memohon bagi permit polis, menurut ELD lagi.
"Atas sebab keselamatan, rapat pilihan raya, jika ada, diadakan di stadium sukan atau tempat tertutup," tambah ELD.
Para calon boleh memohon bagi permit polis selepas proses penamaan calon ditutup, dan ini mesti diserahkan sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh yang ditetapkan bagi rapat sedemikian.
Had perbelanjaan bagi Pilihan Raya Presiden tahun ini ialah S$812,822.10, menurut ELD, berdasarkan jumlah pengundi berdaftar.
Had maksimum perbelanjaan bagi pembiayaan pilihan raya ialah S$600,000 atau 30 peratus bagi setiap pengundi berdaftar, bergantung kepada mana satu yanglebih tinggi nilainya.
Pada Pilihan Raya Presiden 2017, yang tiada pertandingan, para calon perlu menghadkan perbelanjaan kepada S$754,982.40.
Presiden Halimah Yacob membelanjakan sebanyak $220,875 bagi kempen pilihan raya presiden beliau.
Di bawah Akta Derma Politik, hanya rakyat Singapura berusia 21 tahun dan ke atas atau syarikat yang dikawal Singapura yang menjalankan perniagaan sepenuhnya di SIngapura dibenarkan membuat derma politik, menurut ELD.
Jabatan itu juga memberi amaran terhadap mana-mana percubaan campur tangan asing dan menggalak rakyat Singapura supaya berwaspada untuk "melindungi integriti pilihan raya".
"Para calon punyai tanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran mereka terhadap ancaman campur tangan asing dan berwaspada terhadap kelakuan mencurigakan serta agenda tersembunyi," menurut ELD.
Jika mereka mengesyaki diri mereka menjadi sasaran kegiatan campur tangan asing, mereka harus membuat aduan polis dan memaklumkannya kepada ELD, tambahnya.
Hanya rakyat Singapura boleh mengambil bahagian dalam pilihan raya dan berkempen. Mana-mana individu yang mahu menjalankan sebarang kegiatan pilihan raya, baik online, offline atau kedua-duanya sekali, mesti mempunyai kebenaran bertulis yang ditandatangani oleh calon atau ejen pilihan rayanya, tambah kenyataan media ELD.
Televisyen akan menjadi medium utama kempen dan setiap calon diberi dua blok masa 10 minit, secara percuma, untuk memberikan kenyataan di 19 saluran TV Mediacorp dan Mediacorp, Singapore Media Trust (SMT) serta saluran radio SoDrama!.
Siaran Calon Presiden itu akan ditayangkan pada 24 Ogos dan 30 Ogos, menurut ELD.
Forum Presiden akan disiarkan secara langsung di CNA pada 28 Ogos, dengan siaran langsung juga di YouTube dan Facebook CNA.
Siaran ulangan pula disiarkan di Channel 5 keesokan harinya.
Video-video SMT, yang menyaksikan para calon presiden menjawab soalan daripada rakyat muda Singapura, akan ditayangkan di laman The Straits Times dan platform media sosial pada 27 Ogos.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.