RAPAT HARI BURUH 2026: Pembukaan semula Selat Hormuz tidak akan akhiri krisis global, namun SG hadapinya dengan 'yakin'
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Krisis global tidak akan berakhir dalam masa terdekat sekalipun Selat Hormuz dibuka semula, kata Perdana Menteri Lawrence Wong pada Jumaat (1 Mei).
Berucap kepada lebih 1,600 pemimpin kesatuan dan rakan tiga pihak di Rapat Hari Buruh di Downtown East, Encik Wong berkata keadaan mungkin mengambil masa berbulan-bulan untuk stabil, dengan tekanan “berkemungkinan meningkat” dan rakyat Singapura akan merasai kesannya secara langsung.
Sungguhpun begitu, Singapura boleh menghadapinya dengan “yakin”, kerana memasuki krisis ini dari kedudukan kukuh yang dibina selama beberapa dekad.
“Jadi kita mesti bersiap sedia - dan bersedia menghadapi tempoh yang lebih mencabar pada masa hadapan,” kata Encik Wong.
Iran menutup Selat Hormuz dan Amerika Syarikat mengenakan kepungan ke atas pelabuhan Iran, mewujudkan kebuntuan tanpa huraian yang jelas.
Walaupun pertempuran sudah berhenti seketika, ketegangan masih meruncing.
Selat itu ditutup selama lebih dua bulan, dengan kesannya dirasai bukan sahaja melalui kenaikan harga tetapi juga dari segi bekalan merentasi pelbagai sektor.
“Di Asia, kita terjejas teruk kerana kebergantungan tinggi terhadap tenaga dan bekalan penting lain dari Teluk. Sesetengah negara di rantau ini sudah pun menghadapi kekurangan bahan api,” kata Encik Wong, yang menyifatkan keadaan itu sebagai ribut yang “lebih dahsyat” daripada apa yang pernah dihadapi Singapura dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Walaupun Selat itu dibuka semula, keadaan tidak akan kembali normal serta-merta, tambah beliau, dengan merujuk kepada prasarana tenaga yang rosak, periuk api yang belum dibersihkan di laluan perkapalan serta keperluan memulihkan keyakinan bagi laluan selamat.
Gangguan bekalan juga mungkin berterusan atau bertambah buruk, dengan Singapura berdepan pertumbuhan lebih perlahan dan inflasi lebih tinggi tahun ini.
“Semua ini akan memberi tekanan sebenar kepada perniagaan, pekerja dan isi rumah,” katanya.
PILIHAN SUKAR DIBUAT LEBIH AWAL
Singapura tidak menghadapi krisis ini dari kedudukan lemah, kata Encik Wong. “Singapura kini lebih bersedia dan berada dalam kedudukan yang jauh lebih kukuh.”
Beliau merujuk kepada penambakan tanah, pembangunan Pulau Jurong serta industri penapisan dan petrokimia, serta pembinaan kemudahan penyimpanan bawah tanah di Jurong Rock Caverns.
“Kami membuat keputusan sukar lebih awal - mengurus kewangan dengan berhemah dan membina rizab. Pada masa yang sama, kami melabur untuk memperkukuh daya tahan tenaga.”
Hari ini, Singapura merupakan hab penting dalam aliran tenaga global, dengan syarikat tenaga terkemuka dunia menjalankan aktiviti penapisan, penyimpanan dan perdagangan minyak di sini, serta dihubungkan dengan rangkaian bekalan pelbagai, yang membolehkan sumber alternatif digunakan apabila satu sumber terganggu.
Singapura juga bekerjasama dengan negara sehaluan untuk mengukuhkan daya tahan rantaian bekalan dan menjamin bekalan penting.
Sementara itu, pemerintah sudah menghulurkan pakej bantuan bernilai S$1 bilion, termasuk bayaran khas Kos Sara Hidup yang lebih tinggi bagi rakyat Singapura, bantuan tunai untuk pekerja platform, rebat cukai pendapatan korporat yang ditingkatkan serta peluasan Geran Kecekapan Tenaga kepada semua sektor hingga 31 Mac 2028.
“Saya tahu apa yang ramai antara anda fikirkan: baucar CDC yang sepatutnya untuk Januari tahun depan, kini telah diberi lebih awal. Jadi anda bertanya: ‘Adakah masih ada sokongan kemudian?’”
Beliau memberi jaminan bahawa sokongan tambahan akan disediakan jika keadaan bertambah buruk.
“Ini kerana pada masa seperti ini, rakyat Singapura boleh bergantung pada satu perkara: pemerintah anda akan bertindak. Kami akan bertindak dengan tegas, dan kami akan bersama anda, dengan setiap rakyat Singapura, bagi setiap langkah.”

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.