Skip to main content

Singapura

Ranting pokok terpacak pada cermin kereta di Jalan Bukit Ho Swee

Apabila seorang jurutera Philip Toh mendengar bunyi kuat semasa keluarganya sedang berhimpun di Jalan Bukit Ho Swee petang tadi (14 Jan), beliau menyangka ia adalah kemalangan jalan raya.

Anggaran Waktu Membaca:
Ranting pokok terpacak pada cermin kereta di Jalan Bukit Ho Swee

Mujur tiada orang dalam kereta ketika insiden berlaku. (Gambar: Philip Toh)

Diterbitkan : 14 Jan 2018 10:56PM Dikemas Kini : 14 Jan 2018 10:57PM

SINGAPURA: Apabila seorang jurutera Philip Toh mendengar bunyi kuat semasa keluarganya sedang berhimpun di Jalan Bukit Ho Swee petang tadi (14 Jan), beliau menyangka ia adalah kemalangan jalan raya.

Namun apabila lelaki berusia 39 tahun itu bergegas keluar dari sebuah flat di sana untuk melihat, beliau ternampak ranting pokok sepanjang dua meter terpacak pada bahagian cermin depan keretanya.

"Cermin depan itu jelas sudah rosak. Kesannya juga menyebabkan bonet kereta kemek," Encik Toh memberitahu Mediacorp.

Lampu-lampu pada bahagian dalam kereta dan kamera yang dipasang dalamnya juga rosak akibat insiden tersebut.

Encik Toh meletakkan kereta Nissan Qashqai berwarna merah itu di tempat meletak kereta terbuka berdekatan Blok 6 Jalan Bukit Ho Swee untuk bertemu dengan saudara maranya.

Keretanya diletakkan berdekatan sebatang pokok, yang dianggarkan setinggi 11 tingkat.

Rantingnya jatuh dari ketinggian enam tingkat, kata beliau.

Sedang Encik Toh meneliti kerosakan pada keretanya, beliau masih menganggap dirinya sebagai "amat bertuah".

"Jika sesiapa anggota keluarga saya masih berada dalam kereta semasa ia ranting itu jatuh, mungkin buruk padahnya," kata beliau.

Encik Toh menghubungi pihak berkuasa dan Majlis Bandaran Jalan Besar kemudian mengerahkan seorang pegawai untuk memindahkan ranting tersebut.

"Saya menghubungi ejen kereta yang menasihati saya supaya menghubungi syarikat insurans saya namun tiada orang yang bertugas kerana hujung minggu," kata beliau. "Saya berharap perkara ini boleh diselesaikan segera."

Awal hari ini, dua kereta yang diletakkan di Margaret Drive juga rodak setelah dihempap sebatang pokok setinggi lapan meter dan juga sebatang tiang lampu.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita