Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rantau Asia Tenggara harus dinilai berdasarkan kelebihannya sendiri, kata Dr Balakrishnan

Anggaran Waktu Membaca:
Rantau Asia Tenggara harus dinilai berdasarkan kelebihannya sendiri, kata Dr Balakrishnan

Gambar: Dr Vivian Balakrishnan/Facebook

SINGAPURA: Rantau Asia Tenggara perlu dinilai berdasarkan kelebihannya sendiri dan bukan menerusi sudut pandangan pertikaian antara Amerika Syarikat dengan China.

Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan memberikan pandangannya itu dalam acara Persatuan Asia di New York yang diadakan di luar sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dr Balakrishnan berkata masa depan Asia Tenggara cerah.

Gabungan ekonomi rantau itu sekarang bernilai AS$3 trilion (S$4.29 trilion) dijangka naik dua atau empat kali ganda dalam tempoh dua dekad akan datang.

Jika ramalan itu menjadi kenyataan, Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) akan menjadi ekonomi keempat terbesar dunia.

Menurut Dr Balakrishnan lagi, penduduk Asia Tenggara masih muda.

60 peratus daripada mereka berusia bawah 35 tahun dan mempunyai potensi ekonomi amat besar.

Menyentuh tentang pertikaian geostrategik, Dr Balakrishnan berkata struktur yang lebih stabil adalah bagi China dan Amerika Syarikat untuk mempunyai kumpulan sekutu yang bertindih dan bukan hanya bertentangan.

Ini demi memastikan kestabilan dan kemakmuran di Asia.
Sumber : CNA/IA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan