Rangkaian sokongan rakan sebaya diperluas ke merata sekolah, tempat kerja
Rangkaian sokongan rakan sebaya akan diperluaskan ke merata sekolah dan tempat kerja.
SINGAPURA: Rangkaian sokongan rakan sebaya akan diperluaskan ke merata sekolah dan tempat kerja.
Ia sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kesejahteraan mental golongan belia di negara ini.
Langkah itu dilakukan sedang keadaan kesihatan mental golongan belia terjejas teruk semasa pandemik COVID-19 sekarang.
Hasil satu tinjauan yang dikeluarkan tahun lalu menunjukkan lebih daripada 20 peratus penduduk tempatan berusia 18 sehingga 29 tahun mempunyai kesihatan mental yang kurang baik.
Ia merupakan kadar yang tertinggi dalam kalangan penduduk Singapura, jika dibandingkan dengan golongan usia yang lain.
Satu lagi tinjauan pula menunjukkan golongan belia amat bimbang tentang masa depan, tertekan dengan keadaan kewangan dan risau dengan prestasi akademik atau pekerjaan.
Oleh itu, lebih banyak rangkaian sokongan rakan sebaya akan diperluaskan bagi membantu para belia menangani isu-isu kesihatan mental dan pembangunan belia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.