Rangkaian sokongan bincang isu kesihatan kaum Adam dilancarkan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah rangkaian bagi mewujudkan ruang selamat untuk kaum Adam berbincang tentang isu-isu kesihatan yang sering dianggap sensitif, dilancarkan hari ini (30 Nov).
'Rangkaian Sokongan Kesihatan Lelaki' dilancarkan bersama oleh M³@Chua Chu Kang dan M³@Jurong, diterajui beberapa inisiatif termasuk Projek Nakhoda dan Bapa Sepanjang Hayat.
Selain menyediakan ruang selamat untuk berbincang, usaha ini juga bertujuan mengurangkan stigma terhadap topik berkaitan kesihatan lelaki.
Hadir di acara tersebut ialah Menteri Negara Kesihatan yang juga Anggota Parlimen GRC Jurong East-Bukit Batok Rahayu Mahzam dan Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang Zhulkarnain Abdul Rahim.
“Sebenarnya kaum Adam sering memikul beban emosi mental dan rangkaian seperti ini memberikan peluang dan ruang bagi kaum lelaki kita untuk ada tempat yang sering mendukungi mereka dan menyokong mereka,” kata Encik Zhulkarnain.
" Kita bukan sahaja sesi berbual sahaja. Kita akan adakan lebih banyak aktiviti-aktiviti yang akan memberikan peluang untuk kaum Adam lebih selesa bertukar pendapat dan meluahkan isi hati mereka supaya mereka dapat menjadi insan-insan yang lebih efektif dalam perhubungan mereka dengan warga yang lain, " tambahnya.
Sesi dialog terbuka pertama yang diadakan pada Ahad (30 Nov) mengupas tentang cabaran kesihatan mental dan fizikal, diikuti perbincangan kumpulan kecil untuk menggalak perbualan bermakna tentang topik tersebut dan juga kesihatan seksual serta pengurusan stres.

Anggota Parlimen GRC West Coast-Jurong West Dr Hamid Razak yang hadir selaku panelis dialog turut berkongsi tentang manfaat rangkaian sokongan dalam memastikan penuaan yang aktif bagi kaum lelaki.
"Rangkaian ini boleh menghimpunkan kaum lelaki bersama dalam cara yang kolaboratif agar mereka dapat menua dengan baik dalam masyarakat dengan kekuatan dan sokongan," kata Dr Hamid.
"Salah satu wawasan utama daripada sesi ini ialah pengurusan stres. Saya belajar bahawa kita tidak perlu membuat perubahan besar, memulakan tabiat kecil seperti lima minit meditasi sehari pun sudah memadai, " kongsi salah seorang peserta, Chennojwala Maadhava Sai, 19 tahun.
Sekitar 50 penduduk dari Chua Chu Kang dan Jurong hadir di sesi tersebut.
Selain sesi dialog, rangkaian ini juga akan menggabungkan aktiviti santai seperti berbasikal, memancing, boling dan sesi minum kopi bagi menggalak hubungan komuniti dalam suasana yang mesra dan menyeronokkan.

Sumber : BERITA Mediacorp/SF/sf
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.