Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rangkaian sokongan bagi pesalah dadah perlu diperkukuh: Dr Faishal

Anggaran Waktu Membaca:
Rangkaian sokongan bagi pesalah dadah perlu diperkukuh: Dr Faishal

Ihsan: Persatuan Anti Narkotik Singapura (SANA)

SINGAPURA: Selain langkah penguatkuasaan yang kukuh, rangkaian sokongan bagi pesalah dadah perlu diperkukuhkan dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah.

Menteri Negara merangkap Ehwal dalam Negeri dan Pembangunan Negara, Profesor Madya Muhammad Faisham Ibrahim berkata demikian di majlis anugerah anjuran Persatuan Anti Narkotik Singapura (SANA) pada Jumaat (11 Nov).

Sumbangan 42 relawan SANA diiktiraf di majlis di Auditorium Singpost itu.

"Selain penguatkuasaan yang kukuh, kita perlu membantu para pesalah menjalani pemulihan dan membantu mereka dan keluarga meneruskan kembali kehidupan mereka.

"Masyarakat, terutama sekali pertubuhan-pertubuhan seperti SANA memainkan peranan penting dalam menyokong usaha memerangi dadah," kata Dr Faishal.

KADAR PESALAH DADAH BENTAN CATAT TREND MEROSOT

Menurut Dr Faishal, hasilnya dapat dilihat daripada kadar pesalah dadah berulang dalam jangka masa dua tahun., merosot

Misalnya, kadar pesalah dadah yang kembali menyalahgunakan dadah dalam tempoh dua tahun, merosot daripada sekitar 27 peratus bagi kohort yang dibebaskan pada 2012 kepada 20 peratus bagi kohort yang dibebaskan pada 2019.

Kadar pesalah dadah berulang yang dibebaskan Pusat Pemulihan Dadah pada 2019 pula sebanyak 24.5 peratus.

Dr Faishal berkata Kementerian Ehwal dalam Negeri (MHA) kini sedang berusaha untuk mengurangkan kadar pesalah berulang dalam tempoh lima tahun juga.

"Untuk berbuat demikian, kita perlu meneliti isu integrasi semula dalam jangka panjang. Sebagai contoh, kita perlu meningkatkan peluang bekas pesalah mendapatkan pekerjaan melalui peningkatan kemahiran dan membantu mereka kekal dalam pekerjaan untuk jangka masa yang lebih lama," kata Dr Faishal.

SUMBANGAN SANA DALAM MEMERANGI DADAH

Dr Faishal turut menekankan perlunya untuk mengukuhkan rangkaian sokongan bagi bekas pesalah.

"Kita perlu mengukuhkan rangkaian sosial dari mula mereka menjalani pemulihan, apabila mereka dipenjarakan dan kekalkan rangkaian sokongan pro sosial ini selepas mereka dibebaskan.

"Ini menjadikan sokongan para relawan dan rakan kongsi masyarakat dalam perjalanan pemulihan dan integrasi semula ini lebih penting," kata Dr Faishal lagi.

Dr Faishal menarik perhatian kepada dua program yang dikendalikan oleh SANA untuk membantu bekas pesalah dadah.

Salah satu daripadanya adalah program rakan pendamping atau 'Peer Leaders Programme'.

Di bawah program itu, bekas pesalah dadah mendapat bimbingan daripada beberapa rakan pendamping untuk membantu mereka kembali ke pangkuan masyarakat.

Program 'SANA Kakis' pula mendampingi mereka yang sedang menjalani pemulihan, atau selesai menjalani sesi kaunseling wajib di bawah Jabatan Penjara Singapura, atau sudah dibebaskan dari penjara.

Sejak dilancarkan sepenuhnya pada Mac 2022, program itu telah berjaya mengerah sekitar 30 relawan.

Dr Faishal berharap lebih ramai yang akan tampil sebagai relawan untuk membantu bekas-bekas pesalah dadah dan keluarga mereka.
Sumber : BERITA Mediacorp/HA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan