Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rangkaian sokongan bagi para penjaga ditubuhkan di 6 lokasi

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Apr 2022 06:59PM Dikemas Kini : 10 Apr 2022 08:50PM

SINGAPURA: Rangkaian sokongan bagi para penjaga akan diwujudkan di enam tempat di Singapura termasuk Nee Soon East, Fengshan dan Bukit Gombak.

Langkah itu dibuat menyusuli bertambahnya tanggungjawab penjagaan disebabkan keadaan penduduk Singapura yang semakin menua serta tekanan akibat COVID-19.

Usaha rintisnya selama setahun bermula bulan depan.

Rangkaian sokongan bagi para penjaga ini akan menumpukan perhatian kepada para penjaga golongan yang mengalami isu kesihatan mental.

Jika berjaya, rangkaian sokongan tersebut akan dilancarkan di merata negara dalam masa beberapa tahun akan datang.

Inisiatif itu bertujuan mencegah para penjaga menjadi terlalu letih hingga tidak berdaya menjalankan lagi tugas tersebut.

Lantaran itu, mereka akan disediakan wadah bertemu rakan baru untuk sama-sama menjalankan tugas tersebut.

Setiap rangkaian mempunyai sepuluh sukarelawan terlatih dan sekurang-kurangnya 15 penjaga.

Para sukarelawan itu akan membantu menganjurkan program-program dan berkongsi sumber.

Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran Dr Amy Khor menekankan bagaimana sebuah masyarakat boleh memberikan sokongan sosial dan emosi kepada golongan penjaga.

Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan