Rangkaian salon HairFun mengaku terlibat dalam amalan dagang tidak adil, sasarkan warga emas
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Beberapa salon rambut yang beroperasi di bawah jenama HairFun mengaku terlibat dalam amalan perdagangan tidak adil yang menyasarkan pelanggan warga emas, dan telah bersetuju untuk mengembalikan wang para pelanggan yang terjejas dan menghentikan perbuatan itu, menurut badan pemantau pengguna Singapura pada Rabu (4 Jun).
Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) melancarkan siasatan terhadap HairFun selepas Persatuan Pengguna Singapura (CASE) menerima aduan mengenai taktik jualan yang digunakan oleh pekerja rangkaian salon tersebut.
Selepas melakukan lawatan mengejut di tiga cawangan HairFun pada Oktober 2024, CCCS menyatakan ia mendapati Hairfun Beauty Pte Ltd dan Hairfun Pte Ltd, antara Mei 2023 dengan Julai 2024 telah menyasarkan pelanggan warga emas dengan menawarkan khidmat gunting rambut secara percuma atau pada harga murah antara S$4 dengan S$10.
CCCS juga mendapati menerusi siasatannya bahawa syarikat-syarikat HairFun telah mengelirukan pelanggan warga emas mengenai keperluan pakej rawatan dan mengenakan bayaran untuk khidmat dan pakej mahal yang tidak diminta oleh mereka.
Dalam satu kejadian, seorang pelanggan warga emas telah mengunjungi sebuah cawangan HairFun di Ang Mo Kio untuk mendapatkan khidmat gunting rambut pada harga S$8.
Seorang kakitangan menunjukkan beberapa gambar kepada pelanggan itu melalui sebuah monitor, sambil mendakwa imej tersebut menunjukkan "berlaku pendarahan pada kulit kepala warga emas itu", walaupun tiada peranti digunakan untuk mengimbas kepala pelanggan tersebut.
Tanpa izin pelanggan tersebut, kakitangan itu menggunakan bedak untuk mencuci rambut pelanggan tersebut.
Apabila pelanggan itu ingin membuat bayaran, pekerja itu menyembunyikan kos bayaran dan memberitahu pelanggan itu supaya menekan nombor PIN mereka pada peranti pembayaran.
Pelanggan itu dikenakan bayaran hampir S$1,000 dan dimaklumkan bahawa beliau telah melanggani khidmat cuci rambut dan membeli pakej rawatan rambut untuk 10 sesi, di mana kedua-duanya dilakukan tanpa persetujuannya terlebih dahulu.
CCCS menyatakan pelanggan itu hanya menyedari beliau diperdaya selepas berjumpa doktor yang mengesahkan bahawa bahagian kepala dan kulit kepalanya adalah normal dan tiada tanda-tanda berlaku pendarahan.
Siasatan CCCS juga mendapati tiga salon yang dikunjunginya sebelum ini beroperasi di bawah nama Scissor & Comb.
CASE telah menerima beberapa aduan serupa terhadap Scissor & Comb antara 2018 dengan 2022, di mana para pelanggan dipercayai dikenakan bayaran bagi rawatan atau pakej tanpa mendapatkan persetujuan mereka.
"Sebagai sebahagian daripada aku janji yang diberikan kepada CCCS, syarikat-syarikat HairFun dan pengarah syarikat, Encik Roland Teo Jian Hao dan Cik Chiong Hong Hioh, mengaku terlibat dalam amalan perdagangan yang tidak adil," menurut CCCS.
Mereka telah berjanji untuk "menghentikan semua amalan perdagangan yang tidak adil, bekerjasama dengan CASE bagi menghuraikan semua aduan berkaitan amalan perdagangan tidak adil dan menawarkan tempoh penyejukan selama lima hari untuk para pelanggan batalkan dan mendapatkan wang pengembalian bagi mana-mana pakej prabayar," menurut CCCS.
Rangkaian salon rambut itu juga bersetuju mengembalikan semua pelanggan yang terjejas, dan setakat ini, telah menyelesaikan hampir semua pengembalian wang.
Jumlah wang yang dikembalikan adalah kira-kira S$12,500.
"CCCS prihatin mengenai warga emas yang menjadi sasaran dan diperdaya oleh perniagaan tidak bertanggungjawab yang mendesak pelanggan supaya membuat bayaran untuk khidmat yang mereka tidak bersetuju untuk melanggan," kata Ketua Pegawai Eksekutif badan pemantau pelanggan Singapura, Encik Alvin Koh.
"Ketika berurusan dengan para pelanggan yang mudah terjejas, yang mungkin termasuk golongan warga emas, para perniagaan perlu lebih berwaspada dan memastikan mereka benar-benar memahami dan bersetuju dengan apa yang dibeli, termasuk harganya, sebelum menutup penjualan.
"Dengan penduduk Singapura yang semakin menua, CCCS akan mempertingkatkan usaha pendampingan masyarakat untuk
mendidik dan melengkapi warga emas kami dengan pengetahuan supaya dapat melindungi diri mereka dengan lebih baik."
Dalam satu catatan Facebook pada Rabu, Presiden CASE Melvin Yong berkata pertubuhan itu mengalu-alukan komitmen oleh syarikat-syarikat HairFun dan pengarah mereka.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pegawai CASE yang bekerjasama dengan CCCS dalam kes ini dan membantu para pengguna yang terjejas dari segi proses pengembalian wang," kata Encik Yong.
"CASE akan terus bekerjasama rapat dengan CCCS untuk memastikan perniagaan yang menyalahi undang-undang dipertanggungjawabkan."
CCCS menasihati perniagaan supaya memberi saranan dan menawarkan barang dan perkhidmatan yang benar-benar memenuhi keperluan pengguna dan tidak seharusnya menggunakan taktik jualan yang mengelirukan atau memberi tekanan yang tidak wajar.
Para pelanggan juga tidak seharusnya berasa bahawa mereka terpaksa membayar bagi barang atau perkhidmatan yang tidak diminta, menurut CCCS lanjut.
Mereka juga harus memastikan bahawa mereka benar-benar memahami perkhidmatan yang ditawarkan dan harga yang dikenakan sebelum membuat sebarang pembayaran.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.