Rangkaian penyelidikan baharu dibentuk, antara usaha perlambat proses penuaan ovari
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Pexels)
SINGAPURA: Satu rangkaian penyelidikan baharu untuk memanjangkan jangka hayat sistem reproduktif wanita telah diwujudkan.
Pusat Bia-Echo Asia untuk Jangka Hayat Berpanjangan dan Kesaksamaan Reproduktif di Universiti Nasional Singapura (NUS), sedang bekerjasama dengan Makmal Sains Hayat Temasek bagi tujuan itu.
Ada juga rancangan untuk bekerjasama dengan pusat-pusat kesuburan tempatan dan luar negara, untuk memahami bio-penanda bagi kemerosotan sistem reproduktif wanita.
Satu sidang dua hari sedang dijalankan, dengan peserta termasuk ahli akademik, penggubal dasar dan pengamal jagaan kesihatan.
Kajian berterusan oleh pusat tersebut menunjukkan, kadar penuaan ovari pada setiap wanita adalah berbeza.
Anggaran awal menunjukkan, kadar kesuburan penduduk Singapura secara menyeluruh merosot ke paras terendah pernah dicatatkan tahun lalu, iaitu 0.97.
Berucap di sidang itu, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Indranee Rajah berkata: "Langkah pertama adalah menangani pelbagai perkara tidak benar mengenai kesuburan, seperti tanggapan salah bahawa golongan yang kelihatan sihat tidak akan mengalami isu kesuburan atau kesuburan itu adalah masalah wanita sahaja.
"Kdua-duanya tidak benar. Kaum lelaki juga boleh mengalami masalah kesuburan, yang bukan sahaja berkaitan usia tetapi juga gaya hidup mereka."

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.