Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rangkaian Penyejukan Bandar Marina Bay bakal diperluas, dihubungkan kepada 5 lagi bangunan

Anggaran Waktu Membaca:
Rangkaian Penyejukan Bandar Marina Bay bakal diperluas, dihubungkan kepada 5 lagi bangunan
Lukisan artis bagi Dataran NS. (Gambar: MINDEF, MND dan WOHA Architects)

SINGAPURA: Rangkaian Penyejukan Bandar Marina Bay – yang menyediakan penyejukan berpusat kepada bangunan-bangunan sedia ada dan projek-projek binaan di kawasan itu – akan diperluaskan dan dihubungkan kepada lima lagi bangunan, umum SP Group pada Rabu (20 April).

Dalam kenyataan medianya, SP Group menyatakan bahawa lima bangunan sedia ada itu adalah 8 Shenton Way, komponen komersil 80 Anson Road, IOI Central Boulevard Towers, Peluasan Resort Bersepadu Marina Bay Sands dan Dataran NS.

Dengan penambahan bangunan-bangunan ini, rangkaian penyejukan bandar bawah tanah terbesar di dunia itu bakal diperluaskan. Ini sekali gus membawa jumlah keseluruhan bangunan yang dikendalikan di bawah operasi Marina Bay SP kepada 28, menurut SP Group.

Marina Bay dirancang sebagai sebuah kawasan berdaya mampan, dengan bangunan-bangunan di kawasan itu dilengkapi dengan rangkaian khidmat bersama bawah tanah yang menyeluruh, yang menempatkan sistem penyejukan bandar.

Dalam satu acara penghargaan pada Rabu untuk menandakan peluasan rangkaian Penyejukan Bandar Marina Bay, Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee menyampaikan sijil penghargaan kepada para pemilik lima bangunan itu.

Rangkaian penyejukan Marina Bay akan membantu daerah itu mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 19,439 tan setiap tahun sambil memberikan "keselesaan sejuk" yang sama, menurut SP Group.

Ini serupa dengan mengurangkan 17,672 kereta dari jalan-jalan raya.

Sejak rangkaian penyejukan berkenaan dimulakan pada 2006, ia tidak menghadapi sebarang gangguan bekalan, tambah SP Group.

Dengan penambahan bangunan-bangunan baru itu, SP Group akan meningkatkan kapasiti rangkaian Penyejukan Bandar Marina Bay kepada 70,000 tan penyejuk. Ia juga akan menambah lebih 2 kilometer paip bawah tanah ke rangkaian itu untuk memenuhi permintaan tambahan serta kapasiti penyejukan.

SP Group akan terus mendampingi para pelanggan berpotensi untuk meluaskan lanjut rangkaian Penyejukan Bandar Marina Bay, menurutnya.

Buat masa ini, ia sedang mengkaji kebolehlaksanaan untuk menjadi M Hotel Singapore sebagai bangunan hotel pembangunan semula pertama yang meggunakan penyejukan bandar dalam operasinya.
 

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan