Rangkaian pasar raya, pembekal atur strategi tangani kenaikan harga barangan
Harga barangan runcit bakal naik tahun ini disebabkan gangguan terhadap rantaian bekalan serta kos tenaga yang meningkat.
SINGAPURA: Harga barangan runcit bakal naik tahun ini disebabkan gangguan terhadap rantaian bekalan serta kos tenaga yang meningkat.
Walaupun beberapa pasar raya akan menyerap kenaikan harga itu, para pembekal lebih kecil mengatakan agak sukar untuk melakukan demikian.
Harga barangan bukan untuk dimasak semakin mahal dek kadar inflasi yang meningkat.
Kenaikan harga minyak juga memberi kesan ke atas kos pembekal.
Namun begitu, kenaikan harga tidak meliputi semua barang dan bergantung kepada keadaan di negara-negara pembekalnya.
Sebagai contoh, statistik rasmi menunjukkan harga roti naik lebih 11 peratus berbanding awal tahun lalu.
Harga sayur segar seperti brokoli dan kubis pula naik sekitar 15 peratus.
Beras dari Thailand bagaimanapun merosot sementara harga ayam segar tidak berubah.
Bagi membantu orang ramai menghadapi harga barang dapur yang lebih mahal, pasar-pasar raya utama terus memberi potongan harga kepada warga emas dan keluarga berpendapatan rendah pada tahun ini.
Rangkaian pasar raya Giant misalnya turut menawarkan lebih banyak produk di bawah jenama sendiri selain memastikan barangan asas kekal dimampui.
Namun tidak mudah bagi para pemain kecil untuk berbuat demikian kerana mereka tidak ada kelebihan dari segi saiz untuk mendapatkan jaminan bekalan.
Oleh itu ada yang sudah mengurangkan kadar keuntungan daripadanya memindahkan seluruh kenaikan kos kepada pelanggan.
Inflasi teras Singapura tahun ini diramalkan antara 1 peratus hingga 2 peratus, naik daripada 0.9 peratus yang dijangkakan bagi tahun lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.