Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rangkaian Masyarakat UPLIFT akan diperluas ke 12 lagi Pejabat Khidmat Sosial

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Mar 2023 06:40PM Dikemas Kini : 01 Mar 2023 09:54PM

SINGAPURA: Kementerian Pendidikan (MOE) menyatakan lebih banyak usaha akan dilakukan bagi membantu golongan pelajar berisiko, sedang sistem pendidikan Singapura terus berubah-ubah seiring dengan perubahan global. 

Ini termasuk meluaskan satu inisiatif yang bertujuan meningkatkan sokongan kepada pelajar dari keluarga kurang bernasib baik.

Program Rangkaian Masyarakat UPLIFT bakal dilancarkan ke lagi 12 bandar Pejabat Khidmat Sosial (SSO), tambahan kepada 12 yang sedia ada. 

Pelajar berisiko akan dibantu dari segi pendidikan, sementara keluarga mereka mendapat sokongan yang perlu.

Peluasan berkenaan dijangka memanfaatkan lagi 1,300 pelajar dan keluarga mereka. 

Sementara itu, sekolah-sekolah umum dan sekolah pendidikan khas (SPED) akan bekerjasama lebih rapat lagi bagi memupuk sikap inklusif.

Sebagai contoh, golongan pelajar dengan kebolehan berbeza-beza akan diberi lebih banyak peluang untuk berinteraksi.

"Ini bertujuan untuk membantu pelajar kita bersikap lebih inklusif dan bertimbang rasa terhadap orang lain. 

"Kami akur bukan mudah untuk mengasuh para pelajar berkeperluan khas. 

"Justeru itu, kami akan meneruskan usaha kami untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah SPED. Kami akan menyalurkan lebih banyak sumber kepada sekolah-sekolah SPED," kata Menteri Kedua Pendidikan Dr Mohamad Maliki Osman. 

Dua lagi sukatan pelajaran SPED bakal dilancarkan tahun ini dalam usaha  meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah SPED.

Fokusnya adalah dalam membina komunikasi dan membangunkan daya tahan.

Sumber : CNA/IQ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan