Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rangkaian Masyarakat SG Cares kembali bersidang pada 2021, dedah Masagos

Rangkaian Masyarakat SG Cares peringkat kejiranan akan bersidang semula pada 2021 selepas ia tertangguh akibat COVID-19, demikian kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan Masagos Zulkifli.

Anggaran Waktu Membaca:
Rangkaian Masyarakat SG Cares kembali bersidang pada 2021, dedah Masagos

(Gambar: Facebook/Masagos Zulkifli)

SINGAPURA: Rangkaian Masyarakat SG Cares peringkat kejiranan akan bersidang semula pada 2021 selepas ia tertangguh akibat COVID-19, demikian kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan Masagos Zulkifli.

Sesi terakhir Rangkaian Masyarakat SG Care peringkat kejiranan diadakan pada November 2019.

Encik Masagos berkata demikian dalam satu catatan Facebook hari ini (17 Dis) mengenai sesi Webinar SG Cares yang diadakan petang tadi.

Sekitar 300 pegawai perkhidmatan awam dari pelbagai agensi menyertai webinar tersebut yang dihoskan oleh Encik Masagos dan Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee.

Dalam catatan yang sama, Encik Masagos memuji dedikasi para pegawai itu dalam memastikan mereka yang memerlukan bantuan dirujuk ke agensi relevan untuk bantuan lanjut.

Menurutnya mereka memainkan petranan penting dalam usaha negara memerangi COVID-19 dan beliau berbesar hati dapat mengucapkan terima kasih atas usaha mereka.

Encik Masagos juga berkongsi bahawa mereka membincangkan peri pentingnya semangat kemasyarakatan untuk Mengukuhkan Penghantaran Khidmat Sosial (S3D) dan bagaimana mereka harus memanfaatkan kekuatan dan sumber bersama bagi menangani cabaran-cabaran yang dihadapi.

Encik Masagos mendedahkan bahawa sepanjang tahun lalu, MSF bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi masyarakat bagi mengukuhkan sokongan bagi membantu golongan mudah terjejas.

Momentum ini kata beliau harus dikekalkan dalam usaha membangunkan masyarakat Singapura yang lebih penyayang dan inklusif.

Sebelum mengakhiri catatannya, Encik Masagos mendedahkan bahawa lebih banyak webinar SG Cares akan diadakan bersama rakan-rakan kongsi masyarakat pada tahun depan.

Beliau juga mengalu-alukan lebih ramai warga Singapura supaya tampil menawarkan khidmat sebagai sukarelawan MSF.

Mereka boleh mendaftar menerusi portal https://go.gov.sg/msfvolunteers

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan