Rangkaian makanan segera Korea Selatan Lotteria kini diiktiraf halal di SG
Rangkaian makanan segera Korea Selatan, Lotteria, kini mendapat pensijilan halal di Singapura.
Rangkaian makanan segera Korea Selatan Lotteria, yang terkenal dengan burger udang dan hidangan berinspirasikan Korea, kini mendapat pensijilan halal di Singapura. (Gambar: Lotteria Singapore)
- Lotteria, a South Korean fast-food chain owned by the Lotte Group, announced on Tuesday, Nov 3, that its operations in Singapore had received halal certification.
- The chain entered the Singapore market in February 2026 with an outlet at Jewel Changi Airport, then opened a second outlet at Jurong Point in August.
- To mark the certification and encourage customers to try its menu, Lotteria is highlighting popular items such as prawn, bulgogi and chicken burgers, as well as Shake Shake fries.
- The promotion also includes teriyaki beef burgers and teriyaki chicken burgers with egg for a limited time. Lotteria was founded in 1979 and also operates in several other countries.
- Lotteria, rangkaian makanan segera Korea Selatan milik kumpulan Lotte, mengumumkan pada Selasa, 3 November, bahawa operasinya di Singapura telah menerima pensijilan halal.
- Rangkaian itu mula memasuki pasaran Singapura pada Februari 2026 dengan cawangan di Jewel Changi Airport, kemudian membuka cawangan kedua di Jurong Point pada Ogos.
- Untuk meraikan pensijilan dan menarik pelanggan mencuba menunya, Lotteria mengetengahkan hidangan popular seperti burger udang, bulgogi dan ayam, serta kentang goreng Shake Shake.
- Promosi turut merangkumi burger daging lembu teriyaki dan burger ayam teriyaki dengan telur untuk tempoh terhad; Lotteria ditubuhkan pada 1979 dan turut beroperasi di beberapa negara lain.
SINGAPURA: Rangkaian makanan segera Korea Selatan, Lotteria, kini mendapat pensijilan halal di Singapura.
Lotteria mengumumkan pada Selasa (3 Nov) bahawa pihaknya sudah menerima pensijilan halal bagi operasinya di negara ini.
Rangkaian tersebut kini mempunyai 2 cawangan di Singapura, masing-masing di Jewel Changi Airport dan Jurong Point.
Antara hidangan yang ditawarkan ialah Ria's Shrimp Burger, Ria's Beef Bulgogi Burger, Gangjung Chicken Burger dan Shake Shake Fries.
Bagi meraikan pensijilan halal itu, Lotteria turut mengundang pelanggan mencuba hidangan popularnya, termasuk siri burger teriyaki yang ditawarkan untuk tempoh terhad.
Siri tersebut merangkumi burger daging lembu teriyaki serta burger ayam teriyaki dengan telur.
Lotteria mula memasuki pasaran Singapura pada Februari 2026 dengan pembukaan cawangan pertamanya di Jewel Changi Airport, sebelum membuka cawangan kedua di Jurong Point pada Ogos lalu.
Ditubuhkan di Korea Selatan pada 1979, Lotteria merupakan sebahagian daripada kumpulan Lotte.
Rangkaian makanan segera itu turut beroperasi di beberapa pasaran luar negara, termasuk Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Amerika Syarikat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.