Rangkaian M³ diperluas jadi M³+, libatkan lebih banyak badan masyarakat & perkukuh kerjasama
Rangkaian kerjasama M³ akan diperluaskan kepada M³+ bagi melibatkan lebih banyak pertubuhan Melayu/Islam (MMO), Muslim India (IMO) dan kumpulan-kumpulan tidak rasmi.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Rangkaian kerjasama M³ akan diperluaskan kepada M³+ bagi melibatkan lebih banyak pertubuhan Melayu/Islam (MMO), Muslim India (IMO) dan kumpulan-kumpulan tidak rasmi.
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Faishal Ibrahim berkata langkah itu bertujuan memperkukuh usaha pembangunan masyarakat serta mempertingkat kesan inisiatif M³.
Dengan M³+, rangkaian itu kata Dr Faishal akan membolehkan program-program diselaraskan dengan lebih berkesan serta meningkatkan kerjasama antara pertubuhan-pertubuhan tersebut.
“M³+ akan memperkukuh sokongan yang disediakan. Setiap Bandar M³ dan Bidang Tumpuan akan bekerjasama rapat dengan badan-badan Melayu/Islam, Muslim India, jaringan tidak rasmi serta individu-individu yang berhasrat untuk berkhidmat kepada masyarakat. Mereka akan meneroka peluang baru di mana usaha boleh diselaraskan dengan lebih berkesan,” kata Dr Faishal.
Dr Faishal mengumumkan demikian dalam perbahasan Jawatankuasa Peruntukan (COS) bagi Ehwal Masyarakat Islam di parlimen pada Khamis (5 Mac).
M³ sebelum ini menggabungkan MENDAKI, MUIS dan PA MESRA untuk menangani isu masyarakat melalui pelbagai bidang tumpuan serta inisiatif di peringkat bandar.
Malah menurut Dr Faishal lagi, kerjasama antara M³ dengan pertubuhan-pertubuhan sedemikian telah pun dilaksanakan sebelum ini.
"Sebagai contoh, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Pejabat Penyelarasan Penglibatan M³ Persatuan Rakyat (PA) telah bekerjasama dengan Rumah Peralihan Darul Islah Jamiyah, Rumah Peralihan Pertapis dan Rumah Peralihan Rise Above PPIS untuk memperkukuh usaha pemulihan dan integrasi semula. Mereka telah mengendalikan sesi latihan bagi lebih 300 bekas pesalah untuk membangunkan kemahiran kewangan dan praktikal yang akan memperkasa mereka membina masa depan yang mampan bagi diri mereka dan keluarga mereka,” tambah Dr Faishal.
Antara idea yang diutarakan bagi memperkukuh usaha M³+ termasuk satu senarai direktori perkhidmatan yang ditawarkan pertubuhan-pertubuhan MMO dan IMO.
“Antara idea yang sedang dipertimbangkan termasuk menyediakan sebuah direktori perkhidmatan yang ditawarkan oleh rakan-rakan MMO dan IMO kita, supaya peneraju Bidang Tumpuan M³ serta M³@Bandar dapat bekerjasama secara lebih sistematik dengan pertubuhan masyarakat ini untuk mengenal pasti peluang baharu dan sinergi yang lebih baik bagi mempertingkatkan pelaksanaan program serta merapatkan jurang,” jelas Dr Faishal.
Rangkaian yang diperluas itu akan dilancarkan pada bulan depan dengan penganjuran satu sesi membina jaringan M³+.
PEMIMPIN PELAPIS TUNAS MAIN PERANAN KEMBANGKAN M³+
Seiring dengan pelaksanaan M³+, program TUNAS akan terus memainkan peranan dalam membangunkan generasi pemimpin masyarakat masa depan.
Program tersebut menghimpunkan pemimpin masyarakat yang sedang meningkat naik untuk membangunkan keupayaan mereka melalui pertukaran ilmu, rangkaian serta bimbingan daripada pemimpin berpengalaman.
Setakat ini, dua kohort telah menamatkan program tersebut dan kohort ketiga dijangka bermula pada tahun ini.
Dr Faishal berkata para graduan program TUNAS akan memainkan peranan penting dalam menggerakkan usaha M³+.
“Para graduan TUNAS ini akan membantu menggerakkan M³+ ke hadapan dengan menghubungkan rakan-rakan, mengenal pasti peluang kerjasama dan memimpin usaha dari peringkat bawah supaya sokongan dapat sampai kepada mereka yang memerlukan dengan lebih lancar," kata Dr Faishal.
DR FAISHAL GARIS TIGA TERAS UTAMA SOKONG MASYARAKAT CAPAI POTENSI
Peluasan rangkaian M³+ serta penekanan terhadap usaha mengasah bakat pemimpin masa depan, kata Dr Faishal membentuk asas yang kukuh untuk menggerakkan masyarakat mencapai lebih banyak kejayaan.
"Dengan semangat "Bersatu Hati, Maju Bersama", kita bertekad untuk menyediakan peluang dan sokongan agar setiap individu dapat menjadi versi terbaik diri mereka di setiap peringkat kehidupan," kata Dr Faishal.
Dan visi tersebut menurut beliau akan dicapai melalui tiga teras utama.
"Pertama, meningkatkan hasil sosial dan ekonomi masyarakat. Kedua, mengukuhkan insitusi keagamaan dan membina kehidupan beragama yang penuh dinamik. Dan
ketiga, memupuk seni, budaya dan warisan Melayu kita," ujar Dr Faishal.
Ketiga-tiga teras utama itu akan dicapai melalui pelbagai inisiatif dan program anjuran pertubuhan dan rakan masyarakat di bawah rangkaian M³+.
Dr Faishal menekankan menerusi tiga teras utama itu, pemerintah akan memastikan setiap anggota masyarakat boleh membina masa hadapan yang terjamin dan makmur dan pada masa yang sama, kekal berpegang teguh kepada nilai-nilai serta budaya masyarakat kita.

Sumber : BERITA Mediacorp/NF/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.