Skip to main content

Singapura

Rangkaian lokar bungkusan lancar khidmat seluruh negara

Tidak lama lagi, anda boleh mengambil barangan yang ditempah online dari lebih 200 lokar berhampiran kawasan perumahan. Rangkaian lokar bungkusan Pick di merata negara, dilancarkan hari ini (30 Apr) oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Apr 2021 09:48PM Dikemas Kini : 30 Apr 2021 09:54PM

SINGAPURA: Tidak lama lagi, anda boleh mengambil barangan yang ditempah online dari lebih 200 lokar berhampiran kawasan perumahan.

Rangkaian lokar bungkusan Pick di merata negara, dilancarkan hari ini (30 Apr) oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran.

Buat masa ini, lokar-lokar ini hanya boleh digunakan untuk mengambil barangan yang ditempah menerusi wadah e-dagang, Qoo10.

Namun dalam masa beberapa minggu lagi, para penduduk boleh menggunakan lokar-lokar ini untuk mengambil barangan yang dibeli menerusi Lazada dan Shopee.

Sebanyak 1,000 lokar Pick akan dipasang menjelang akhir tahun ini.

Menurut Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan Sim Ann, rangkaian lokar Pick membantu untuk meningkatkan akses kepada beli-belah online dengan mengurangkan kos tenaga manusia.

Sumber : CNA/ZM/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita