Skip to main content

Singapura

Rangkaian kereta api bertambah baik separuh pertama tahun ini

Rangkaian kereta api di negara ini bertambah baik dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Aug 2019 07:52PM Dikemas Kini : 05 Aug 2019 10:24PM

SINGAPURA: Rangkaian kereta api di negara ini bertambah baik dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Kereta api mencatat perjalanan lebih jauh sebelum berlaku sesuatu kelengahan dalam perkhidmatannya.

Perangkaan terbaru yang dikeluarkan hari ini (5 Ogos) menunjukkan khidmat kereta api Laluan MRT Timur Laut kendalian SBS Transit terus menunjukkan prestasi terbaik, secara purata mencatat perjalanan sejauh 4.1 juta kilometer.

Secara keseluruhannya, rangkaian MRT mencatat jarak perjalanan sejauh 955,000 kilometer sebelum mengalami kelengahan selama lebih lima minit.

Ia berdasarkan purata jarak perjalanan selama setahun.

Pengukuran itu dikenali sebagai Purata Kilometer Antara Kegagalan (MKFB) yang merupakan penanda aras prestasi keandalan khidmat kereta api.

Catatan terbaru itu adalah lebih baik berbanding jarak perjalanan sejauh 690,000 kilometer yang dicatat pada keseluruhan tahun lalu.

Ini bermakna prestasi khidmat kereta api semakin hampir mencapai sasaran jarak perjalanan 1 juta kilometer menjelang tahun depan, yang ditetapkan oleh Menteri Pengangkutan.

Tiga insiden kelengahan dengan masing-masing berlarutan selama lebih 30 minit, berlaku dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding sembilan kejadian pada keseluruhan tahun lalu. 

Sumber : CNA/HA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita