Rangkaian Jurutera Jazari lancar buku panduan masjid mesra alam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Masjid-masjid di Singapura kini boleh memanfaatkan buku panduan baharu mengenai cara untuk menjadi lebih mesra alam dan menggunakan huraian yang canggih.
Antaranya, memasang alat deria bagi mengawal penggunaan air dan lampu.
Buku itu juga menyarankan penggunaan sistem kawalan pusat yang memanfaatkan automasi, Kecerdasan Buatan AI atau Internet of Things"
Ia termasuk menggunakan aplikasi mudah alih bagi pengurusan bangunan atau analisis data untuk mengesan kerosakan bangunan.
Buku panduan itu dihasilkan oleh Rangkaian Jurutera Jazari (JEN), satu perikatan yang dianggotai 250 karyawan Muslim, yang disokong AMP Singapura.
"Kami dapati belum ada satu buku panduan yang khusus untuk membantu pihak pengurusan masjid. Di samping itu juga kami diberi satu cabaran oleh mantan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Yaacob Ibrahim untuk para jurutera Muslim di Singapura untuk berganding bahu untuk menyiapkan satu buku panduan untuk membina apa yang dipanggil oleh beliau, 'Smart Mosque' atau Masjid Bijak.
"Kami menerima cabaran tersebut dan kami telah bekerjasama beberapa tahun di kalangan beberapa jurutera-jurutera yang berkemampuan dalam bidang ini untuk menerbitkan buku panduan ini, kata Pengerusi Jazari Engineers Network," kata Encik Ghazali Embi kepada BERITAMediacorp.
Pihak Jazari Engineers Network juga merancang untuk mengagihkan buku panduan itu kepada semua masjid.
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli menghadiri pelancarannya siang tadi (27 Jan).
"Terdapat rancangan untuk mengongsi beberapa idea dalam buku panduan ini dengan para jurutera dari merata dunia dan untuk mendapatkan maklum balas yang kukuh, serta bimbingan mengenai amalan terbaik," kata Encik Masagos.
Encik Ghazali berharap buku itu juga dapat menjadi sumber rujukan bagi masjid-masjid di luar negara.
LANCAR PROGRAM MENTOR
Rangkaian Jazari Engineers Network (JEN) bermula pada tahun 2017 sebagai sebuah inisiatif di bawah AMP Singapura dilancarkan secara rasmi pagi tadi.
Ia menyediakan program rangkaian bagi jurutera dan rakan kejuruteraan, bimbingan kerjaya untuk pelajar kejuruteraan, serta khidmat nasihat teknikal kepada pertubuhan masyarakat.
JEN mempunyai tiga objektif utama iaitu untuk menyediakan platform rangkaian untuk jurutera dan sekutu
profesional bagi perkongsian pengetahuan, pengalaman dan pembangunan kerjaya dan perniagaan.
Ia juga menyediakan bimbingan kerjaya dan bimbingan buat para pelajar dan graduan baharu dalam industri tersebut.
"Ini memberi peluang untuk jurutera-jurutera yang baharu, lepasan-lepasan universiti dan politeknik untuk mengenali dengan lebih rapat lagi dengan para jurutera veteran kerana mereka adalah orang-orang yang berpengalaman, berpengetahuan tentang industri.
"Kami yakin dengan adanya perkongsian di antara jurutera-jurutera veteran dengan jurutera-jurutera muda, mereka dapat membina keupayaan dan juga keinginan untuk terus maju dalam kerjaya mereka," kata Encik Ghazali.
Tambah beliau, JEN tidak bermaksud untuk bersaing dengan badan-badan nasional yang sudah ditubuhkan untuk sekian lama, untuk meningkatkan lagi keupayaan dan juga rangkaian di kalangan para jurutera.
"Kita lihat ada satu kelowongan atau 'gap', wadah khusus untuk jurutera Muslim. Dari situ kita lihat peranan JEN untuk membina satu rangkaian yang lebih khusus untuk jurutera Muslim untuk mereka mempertingkatkan lagi keupayaan dan juga untuk meluaskan lagi pengalaman dan penyertaan dalam industri-industri yang mungkin belum lagi diceburi oleh mereka," jelas beliau.
Pada masa ini 25 orang mentor sudah dipadankan dengan 38 menti.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.