Rangkaian JKJU berkembang 60%, anjurkan 40% lebih banyak kegiatan kesihatan untuk masyarakat
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Rangkaian Jaga Kesihatan Jaga Ummah (JKJU) sudah berkembang sebanyak 60% dalam tempoh setahun kepada lebih 160 rakan kerja pada 2024.
Inisiatif di bawah Bidang Tumpuan 5 M³ itu menyatukan pelbagai pihak untuk menggalak dan meningkatkan kesedaran tentang kesihatan dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam.
Perangkaan itu dikongsi Menteri kedua Kesihatan, Masagos Zulkifli dalam ucapannya di Acara Rangkaian Sihat Bersama JKJU 2025 pada Sabtu (15 Feb).

Encik Masagos yang juga Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam juga mendedahkan hasil tinjauan Saham Kesihatan 2024 yang menunjukkan peningkatan sebanyak 20 peratus jumlah peserta yang melakukan senaman tiga hingga tujuh hari berbanding setahun yang lalu.
"Peluasan rangkaian ini dan dedikasi anda semua telah mewujudkan lebih banyak peluang untuk masyarakat kita mendakap gaya hidup lebih sihat. Pada 2024, hampir 70,000 peserta Melayu/Islam didekati menerusi pelbagai kegiatan kesihatan seperti program Saham Kesihatan, kelas senaman yang sering diadakan dan perkongsian tentang kesihatan mental, berbanding lebih 40,000 pada 2023," kongsi Encik Masagos yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, dalam ucapannya.
40% LEBIH BANYAK KEGIATAN DIANJURKAN
Dengan sokongan lebih banyak ahli, rangkaian JKJU juga dapat menganjurkan 40% lebih banyak aktiviti kesihatan berbanding 2023.
Dengan rangkaian JKJU yang semakin berkembang, masyarakat Melayu/Islam kini mempunyai akses yang lebih baik kepada sokongan dan sumber kesihatan.
Menteri Negara Pembangunan Digital dan Penerangan & Kesihatan, Rahayu Mahzam yang menerajui bidang tumpuan kelima M³ ini amat mengalu-alukan sokongan masyarakat.
"Saya gembira melihat adanya peningkatan jumlah rakan kongsi dalam JKJU daripada 100 ke 160. Kenaikan dalam lebih 60% ini saya rasa menandakan adanya kesedaran dalam kalangan masyarakat kita dan juga pemegang taruh yang terlibat dalam usaha ini. Jadi, saya rasa gembira kerana laungan kita untuk mengajak lebih ramai dalam masyarakat kita melibatkan diri telah tercapai," kata Cik Rahayu.
"Jadi kita dah lihat kenaikan daripada 40,000 peserta kepada 70,000 peserta pada tahun 2024. dan saya juga mengharapkan dengan kerencaman rakan kerja kita, kita dapat melihat kualiti dan kepelbagaian program program yang diadakan juga meningkat," tambah beliau.
150 AHLI DIIKTIRAF ATAS SUMBANGAN MENGGALAK KESIHATAN MASYARAKAT
Ini juga hasil sumbangan cemerlang hampir 150 ahli JKJU yang diberi pengiktirafan di acara ini.
Ahli-ahli JKJU telah menganjurkan pelbagai aktiviti menggalakkan kesihatan, daripada mengedarkan bungkusan barangan runcit yang lebih sihat semasa Ramadan dan Hari Raya hingga menganjurkan kelas senaman berkala seperti Zumba Gold, 'Cardio Dance' dan 'Piloxing'.
Ahli-ahli juga mengambil bahagian dalam program 'Get Fit for Haj', di mana jemaah haji yang mendaftar mengambil bahagian dalam sesi aktiviti fizikal seperti latihan kekuatan dan ceramah kesihatan, sebagai persediaan untuk ke Tanah Suci.
Antara mereka yang diiktiraf ialah Encik Mohamed Salleh Abu Bakar, 44 tahun, yang telah mewujudkan dua kumpulan minat kesihatan di bawah MAEC Kelab Masyarakat Sembawang.

Beliau yang bertugas sebagai pegawai penolong pentadbiran, tekad menubuhkan Eastcreek Muslims di bawah MAEC Kelab Masyarakat Sembawang pada tahun 2022 dengan tujuan untuk memberi inspirasi kepada masyarakat Melayu/Islam untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Pada Ogos 2023, Encik Salleh menubuhkan dua kumpulan minat kesihatan - satu kumpulan bola sepak untuk lelaki dan satu kumpulan badminton untuk wanita.
"Dahulu ada ahli kami yang ada penyakit kencing manis dan kadar gula dalam darah yang tinggi. Ada ahli yang cakap bacaan bagi masalah kesihatan mereka sudah turun, sebab setiap minggu mereka bersenam. Ada juga yang obes dan yang obes itu pula cakap dia semakin 'fit' dan tidak rasa lelah lagi pasal dia dapat keluarkan peluh. Jadi idea pergerakan yang kita buat ini untuk keluarkan peluh," ujar Encik Mohamed Salleh.
Pada masa ini, kumpulan-kumpulan yang diasaskannya itu mempunyai kira-kira 20 anggota lelaki dan 10 anggota wanita.
Untuk menyokong perjalanan kesihatan ahli kumpulan, beliau sering berhubung dengan mereka melalui kumpulan sembang WhatsApp, memotivasikan mereka untuk kekal aktif dan mengamalkan diet yang sihat dan seimbang dengan mengikuti garis panduan 'My Healthy Plate' HPB.
Encik Salleh juga menggalakkan para ahli untuk menggunakan aplikasi Healthy 365 untuk menjejak latihan dan kemajuan mereka - mendorong mereka untuk menggunakan sistem ganjaran aplikasi tersebut sebagai insentif tambahan untuk mengekalkan gaya hidup sihat.
Hasilnya, peserta kumpulan minat kesihatannya mendapat manfaat daripada usahanya. Ramai yang memperoleh pengetahuan berharga tentang gaya hidup yang lebih sihat dan meningkatkan tahap aktiviti fizikal mereka.
Usaha ini lebih manis lagi apabila kumpulannya mengecap pencapaian demi pencapaian.
"Kumpulan bola sepak kita telah pun melangkah satu tahap lagi. Kita sudah ada akademi sendiri yang kami namakan Sembawang City Football Club. Kami telah pun usahakan akademi itu dan mereka sekarang sedang bermain dalam Liga Belia Singapura. Jadi itu satu tahap lagi yang telah dapat kami capai. Alhamdulillah!" kata Encik Salleh.
Dengan pengiktirafan ini, beliau akan terus bersemangat untuk memperluas penyertaan kumpulan minat ini dan akan menjemput semua jiran Melayu/Islam untuk menyertai aktiviti-aktiviti tersebut.
Encik Salleh juga percaya usaha menjalani gaya hidup sihat itu lebih mudah dan terdorong lagi apabila dilakukan secara bersama.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.