Skip to main content

Singapura

Rangkaian baru Taman Labrador dibangunkan; 30km penghubung taman & jejak alam semula jadi

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 12 Apr 2022 08:09PM Dikemas Kini : 12 Apr 2022 09:27PM

SINGAPURA: Rangkaian baru Taman Labrador dengan lebih 200 hektar ruang menghijau akan dibangunkan, sekali gus menambah lagi 30 kilometer jejak alam semula jadi dan penghubung taman di Singapura.

Demikian diumumkan Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee hari ini (12 Apr). 

Encik Lee menarik perhatian bahawa ini hampir 1.5 kali ganda saiz Hutan Simpanan Bukit Timah. 

Rangkaian baru taman itu termasuk habitat utama seperti Hutan Simpanan Labrador, hutan-hutan tanam semula yang sudah matang di sekitar Southern Ridges serta ruang-ruang menghijau di sekelilingnya seperti Taman Labrador, Berlayer Creek and Taman Pasir Panjang, kata Encik Lee. 

Ruang-ruang menghijau yang ditetapkan di tapak Keppel Club juga merupakan sebahagian daripada rangkaian tersebut, tambah Encik Lee. 

Hari ini (12 Apr), Encik Lee mengumumkan bahawa kira-kira 6,000 flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan dibina di tapak tersebut, dengan projek Bina-Ikut-Tempahan (BTO) dijangka dilancarkan dalam masa tiga tahun. 

Latihan mengenal pasti profil ekologi kementerian itu menunjukkan bahawa tapak Keppel Club menjadi sebagai "penghubung penting ekologi" antara hutan-hutan tanam semula yang sudah matang di Southern Ridges dengan Hutan Simpanan Labrador, kata Encik Lee.

Dalam tapak Keppel Club, kira-kira 10 hektar ruang menghijau akan ditetapkan untuk taman dan tanah terbuka, meliputi hingga 20 peratus kawasan tersebut atau 18 padang bola sepak, tambahnya. 

"Ruang menghijau ini akan menjadi empat taman di estet tersebut yang akan berfungsi sebagai tempat tinggal bagi haiwan dan laluan penghubung bagi tumbuh-tumbuhan untuk ke kawasan-kawasan alam semulajadi di sekelilingnya, dan juga ruang rekreasi untuk penduduk." 

Latihan profil ekologi itu turut mendedahkan "penghubung-penghubung penting ekologi" antara Southern Ridges dengan Hutan Simpanan Labrador, di beberapa bahagian Alexandra hingga Keppel Club dan kawasan berhutan di Berlayer Creek, menurut Encik Lee lagi. 

Koridor-koridor itu akan diperkukuhkan menerusi rangkaian tersebut, dengan melancarkan beberapa ruang baru menghijau yang luasnya lebih 25 hektar, tambahnya. 

Ini termasuk sebuah taman baru di Alexandra Stream, iaitu laluan baru di Taman Pasir Panjang, taman baru di Berlayer Creek dan taman baru di King's Dock, selain ruang-ruang yang ditetapkan di tapak Keppel Club, menurut Encik Lee. 

Rangkaian taman baru itu akan menambah hampir 30 kilometer jejak alam semula jadi dan penghubung taman baru.

"Ini akan menyediakan ruang sebanyak 40 kilometer untuk diterokai penduduk Singapura di estet tersebut," tambah Encik Lee. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita