Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rangkaian baru ditubuh; gilap bakat muda dalam aeroangkasa, jagaan kesihatan & kewangan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Jul 2022 05:25PM Dikemas Kini : 15 Jul 2022 08:56PM

SINGAPURA: Sebuah rangkaian ditubuhkan untuk memupuk teraju-teraju perniagaan tempatan bagi mengekal dan mengembangkan bakat Singapura.

Mereka merangkumi para pemimpin berpengalaman dan muda dalam pelbagai industri termasuk aeroangkasa, jagaan kesihatan dan kewangan.

"Kami menginginkan agar mereka bertemu dalam tahap-tahap berlainan perjalanan kepimpinan masing-masing dan saling menyokong satu sama lain.

"Kami juga ingin menghubungkan rakyat Singapura seperti anda dengan industri-industri lain. Kami ingin meluaskan lagi rangkaian ini," kata Pengarah Urusan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) Cik Jacqueline Poh. 

Tambahnya, "ada banyak pengetahuan dan kepakaran dalam ruang ini yang berguna jika anda berkongsi dan memanfaatkannya, banyak kerjasama berkesan yang boleh diwujudkan dan banyak keputusan kerjaya penting yang boleh memberikan kesan."

Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Alvin Tan pula menegaskan peri pentingnya bagi mereka daripada pelbagai peringkat kerjaya untuk saling bertukar-tukar pendapat.

Ia bukan sahaja untuk pembangunan profesional tetapi juga bagi pembangunan peribadi.

Ciri utama rangkaian itu adalah program bimbingan sekurang-kurangnya enam bulan.

Buat permulaan ia melibatkan 30 pasangan mentor dan teraju muda.

Pihak penganjur mengharapkan agar mereka yang dibimbing dapat berkongsi pengalaman dengan orang-orang lain.

Setakat ini rangkaian tersebut mempunyai 250 anggota.

Sumber : CNA/ZM/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan