Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rangkaian baru akan teliti pelaksanaan pampasan kecederaan di tempat kerja bagi pekerja platform

Satu rangkaian baru ditubuhkan untuk meneliti pelaksanaan pampasan kecederaan di tempat kerja bagi para pekerja platform.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Feb 2023 06:43PM Dikemas Kini : 03 Feb 2023 08:38PM

SINGAPURA: Satu rangkaian baru ditubuhkan untuk meneliti pelaksanaan pampasan kecederaan di tempat kerja bagi para pekerja platform.

Ini menyusuli saranan-saranan Jawatankuasa Penasihat bagi Pekerja Platform pada November lalu demi memastikan para pekerja menerima pampasan kecederaan yang lebih baik. 

Saranan-saranan itu dijangka diperkenalkan seawal lewat tahun depan.

"Pada masa hadapan, insurans wajib Pampasan Kecederaan di Tempat Kerja akan disediakan oleh syarikat-syarikat platform untuk memberikan anda jaminan kewangan yang lebih baik sekiranya anda cedera semasa bekerja. 

"Misalnya, insurans itu akan menyediakan perlindungan bagi perbelanjaan perubatan, pampasan bagi kehilangan pendapatan, kehilangan upaya buat selama-lamanya atau kematian, pada tahap dan skop yang sama seperti para pekerja biasa," kata Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng.

Rangkaian Pampasan Kecederaan Tempat Kerja bagi Pekerja Platform melibatkan syarikat-syarikat, pihak insurans dan rakan-rakan tiga pihak.

Mereka akan meneliti isu-isu seperti proses membuat aduan mengenai kecederaan di tempat kerja serta bagaimana untuk menentukan pendapatan para pekerja platform bagi mengira pampasan kehilangan pendapatan. 

Saranan-saranan lain termasuk caruman Tabung Simpanan Pekerja (CPF) oleh para pekerja dan syarikat-syarikat platform, serta melakarkan rangka kerja undang-undang untuk lebih mewakili kepentingan golongan pekerja tersebut.

Sumber : CNA/AI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan