Skip to main content

Singapura

Rangkaian baharu ditubuhkan; perkasa pemimpin muda ASEAN pupuk keamanan, kestabilan serantau

Anggaran Waktu Membaca:

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 26 Jan 2026 06:55PM Dikemas Kini : 15 Feb 2026 10:12AM
SINGAPURA: Satu rangkaian baharu ditubuhkan untuk melatih sekitar 50 pemimpin muda Asia Tenggara.

Tujuannya, untuk menggalakkan keamanan dan kemampanan di negara masing-masing.

Mereka juga akan berkongsi amalan terbaik dalam merancang projek serta melatih individu lain untuk memperjuangkan perpaduan sosial dan keamanan menerusi bengkel selama lima hari di Singapura.

"Mungkin anda tidak tahu, masalah yang anda hadapi mungkin sudah pun ada huraiannya di bahagian lain Asia Tenggara.

"Dan saya rasa idea untuk membina hubungan dan rangkaian, termasuk rangkaian untuk bertindak, adalah sesuatu yang amat berkuasa dan penting, bagi membina masyarakat berbilang budaya, sambil mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih aman," kata Menteri Negara bagi Budaya, Masyarakat dan Belia, Dinesh Vasu Dash.

Dikenali sebagai Champions for Peace, para pemimpin belia itu akan pulang ke negara masing-masing untuk melatih sekurang-kurangnya 600 lagi pemimpin dalam tempoh dua tahun akan datang.

Inisiatif ini turut menyediakan dana S$200,000 bagi tempoh dua tahun, untuk mendekati 1,000 anak muda di seluruh rantau ini.

Di negara masing-masing, aktiviti yang akan dijalankan termasuk latihan pertolongan kecemasan psikologi, sesi perbincangan mengenai kesihatan mental, keadilan iklim dan ketidaksamaan dalam pendidikan.

"Ini adalah peluang baik untuk anak muda Melayu kita mencari kesamaan dengan anak muda di rantau ASEAN ini. Dan di rantau ini kita sebenarnya ada lebih banyak kesamaan, persamaan dan ini adalah peluang untuk lebih memperkukuhkan hubungan kita dalam masa geopolitik ini yang agak tidak stabil.

"Saya mengalu-alukan lebih ramai pemudi untuk menyertai program seperti ini yang dapat memberikan mereka peluang untuk berjumpa dengan pemudi di ASEAN ini," kata Yulianna Fredericka,
Peserta, Champions for Peace yang juga merupakan pengasas Lepak Conversations.
Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita