Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rangka penilaian, panduan ibu bapa antara sumber baru bantu belia jaga kesihatan mental

Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) menyediakan sumber-sumber baru untuk membantu belia dalam menjaga kesihatan mental.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Jul 2022 07:38PM Dikemas Kini : 01 Jul 2022 09:29PM
SINGAPURA: Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) menyediakan sumber-sumber baru untuk membantu belia dalam menjaga kesihatan mental.

Ini termasuk rangka penilaian untuk membantu belia membina daya bingkas dan panduan bagi ibu bapa untuk melengkapi anak-anak mereka dengan kaedah positif untuk menangani tekanan.

Sumber-sumber itu boleh didapatkan dalam sebuah buku yang dikarang sebilangan pakar psikologi klinikal.

Ia mengandungi soalan-soalan sering ditanya serta senario dan strategi yang boleh dimanfaatkan ibu bapa dalam interaksi seharian dengan anak mereka.

Ia dilancarkan sempena pameran yang bertujuan membanteras stigma kesihatan mental dalam kalangan belia.

Hasil Karya seorang seniman dan 16 pelajar sekolah menengah dipamerkan.

Menteri Negara Kanan Kesihatan Dr Janil Puthucheary berharap pameran tersebut akan mendorong orang ramai mengorak langkah dalam membina kebingkasan dan kesejahteraan mental.

Dr Janil berkata: "Dengan pelonggaran sekatan-sekatan COVID-19 pada 2022, para belia melaporkan kesejahteraan mental mereka, secara beransur-ansur, bertambah baik.

"Namun pengajaran yang ditimba dan kebimbangan yang berterusan menunjukkan bahawa lebih banyak usaha boleh kita lakukan untuk menyokong belia dan keluarga kita.

"Setiap daripada kita, dalam peranan sebagai ibu bapa, pembimbing, anggota keluarga atau rakan boleh menyokong satu sama lain dan membina masyarakat yang lebih berdaya tahan."
Sumber : CNA/IA/ZM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan