Skip to main content

Singapura

Rangka kerja Pertahanan Mutlak dibentuk semula susuli serangan siber SingHealth

Serangan-serangan keselamatan siber sejak setahun lalu menarik perhatian kepada kelemahan sistem-sistem yang digunakan untuk menyimpan maklumat penting.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Feb 2019 06:55PM Dikemas Kini : 10 Feb 2019 09:12PM

SINGAPURA: Serangan-serangan keselamatan siber sejak setahun lalu menarik perhatian kepada kelemahan sistem-sistem yang digunakan untuk menyimpan maklumat penting.

Tahun lalu, pemerintah menyatakan ia akan membentuk semula rangka kerja Pertahanan Mutlak untuk menambah pertahanan digital sebagai tunggak keenam.

Syarikat-syarikat pengurusan media mendedahkan dalam satu laporan bahawa lebih 80 peratus penduduk Singapura secara aktif menggunakan media sosial dan mendedahkan banyak maklumat peribadi. Data seperti itu kemudian boleh disalah guna.

Tahun lalu sahaja, Singapura mengalami serangan siber terburuknya. Maklumat peribadi 1.5 juta orang dicuri selepas pangkalan data SingHealth diceroboh.

Para pakar mengatakan kebangkitan teknologi-teknologi baru seperti Kecerdasan Buatan menjadikan ia lebih mudah bagi para penggodam mencari kelemahan dalam sistem-sistem IT.

Pemerintah berada di barisan hadapan dalam usaha keselamatan siber. Kelemahan dalaman yang didedahkan dalam insiden serangan siber SingHealth sedang ditangani.

Sememangnya usaha untuk meningkatkan keselamatan siber adalah satu proses yang tiada penghujungnya. Yang pasti, kuncinya adalah pendidikan.

Dengan Singapura giat ke arah visi Negara Bijak, keselamatan siber kekal menjadi aspek yang penting dalam merealisasikannya. 

Sumber : CNA/NF/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita