Skip to main content

Singapura

Rangka kerja pengiktirafan Penterjemah Rakyat dipertingkatkan; peluang latihan bakal disediakan

Anggaran Waktu Membaca:
Rangka kerja pengiktirafan Penterjemah Rakyat dipertingkatkan; peluang latihan bakal disediakan

(Gambar: MCI, NTC)

Diterbitkan : 17 Oct 2023 10:50PM

SINGAPURA: Peluang latihan termasuk bengkel penterjemahan serta penerimaan baucar elektronik untuk setiap Penterjemahan Rakyat.

Itulah antara rangka kerja pengiktirafan yang dipertingkatkan bagi para Penterjemah Rakyat mulai Januari tahun depan.

Menteri Negara Kanan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) merangkap Pembangunan Negara, Encik Tan Kiat How semasa di satu sesi pendampingan Jawatankuasa Penterjemahan Nasional (NTC) pada Selasa (17 Okt).

LEBIH BANYAK MANFAAT UNTUK PARA PENTERJEMAH RAKYAT, LEBIH BANYAK LATIHAN AKAN DISEDIAKAN


Dalam ucapannya, Encik Tan mengumumkan beberapa peningkatan kepada rangka kerja pengiktirafan bagi para Penterjemah Rakyat.

Pada masa ini para Penterjemah Rakyat yang telah menyertai sekurang-kurangnya tiga kegiatan dalam setahun layak untuk Peringkat Asas dan menerima sijil penyertaan elektronik.

Mereka yang mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya lima aktiviti layak untuk peringkat pengiktirafan yang dipertingkatkan, diberi sijil penyertaan dan baucar elektronik serta layak untuk peluang pembelajaran dan mempertingkatkan kemahiran.

Encik Tan berkata: "Mulai Januari 2024, sistem yang struktur berperingkat akan diubah. Ini bagi mencerminkan tahap komitmen berbeza yang diperlukan untuk kegiatan yang disertai para Penterjemah Rakyat."

Dengan perubahan tersebut, lebih ramai Penterjemah Rakyat akan layak bagi peringkat Asas dan yang Dipertingkat.

"Pada masa depan, para Penterjemah Rakyat Peringkat Asas akan juga menerima baucar elektronik sebagai tanda penghargaan.

Para Penterjemah Rakyat dalam tahap yang Dipertingkatkan pula akan disediakan dengan peluang latihan termasuk bengkel penterjemahan."

Sekretariat Jawatankuasa Penterjemahan Nasional (NTC) akan mengatur peluang latihan seperti bengkel terjemahan.

Ia akan bekerjasama rapat dengan rakan kongsi latihan untuk memberikan lebih banyak peluang kepada Penterjemah Rakyat untuk meningkatkan keupayaan penterjemahan mereka.

"Kita akan bekerjasama untuk menyediakan lebih banyak peluang untuk memperkasa keupayaan menterjemah bagi para Penterjemah Rakyat. Jadi cubalah untuk mencapai peringkat yang Dipertingkat, dan kongsi bersama kami apakah antara kegiatan latihan yang ingin anda sertai," tambah beliau lagi.

Encik Tan berkata bahawa usaha menterjemah adalah penting untuk membantu rakyat Singapura, terutama sekali golongan emas yang ingin mengakses maklumat awam dengan tepat, termasuk pengumuman yang dibuat Pemerintah.

"Penterjemahan ada kaitan rapat dengan bahasa dan budaya. Lantaran itu, penting untuk kita memperkukuhkan identiti kita sebagai satu masyarakat yang berbilang bangsa dan budaya," kata Encik Tan.

Sejauh ini, lebih 2,300 Penterjemah Rakyat sudah menyertai program itu.

Portal Web SG Translate Together pula sudah dikunjungi lebih 10,700 kali dan lebih 3,400 penterjemahan dibuat secara purata setiap bulan.

SKIM PEMBANGUNAN BAKAT PENTERJEMAH

Sejauh ini, 36 individu menerima sokongan di bawah Skim Pembangunan Bakat Penterjemah di mana lebih S$230,000 diperuntukkan bagi menyokong penyertaan dalam program-program pembangunan.

Skim itu dilancarkan pada 2018 untuk menyokong para penggiat penterjemahan dalam sektor privet untuk mempertingkatkan kemahiran mereka.

Para penerima akan menerima sehingga S$10,000 untuk membiayai sekitar 90 peratus kos program-program pembangunan yang berkaitan dengan penterjemahan dan interpretasi di Singapura dan luar negara.

Tahun ini, lima penerima anugerah sedang mengikuti program pembangunan keupayaan di Singapura dan luar negara.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita