Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rangka kerja pendidikan sistem madrasah akan terus dipertingkat, kata Masagos

Madrasah kekal sebagai komponen penting dalam pendidikan menyeluruh masyarakat Islam. Maka itu, rangka kerja pendidikan sistem madrasah tempatan akan terus dipertingkat bagi mengasah bakat dan kemahiran guru-guru agama supaya menjadi pembimbing yang berkesan dan terus meyumbang kepada masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
Rangka kerja pendidikan sistem madrasah akan terus dipertingkat, kata Masagos

Encik Masagos, Encik Esa Masood dan enam pemimpin madrasah yang diiktiraf. (Gambar: MUIS)

SINGAPURA: Madrasah kekal sebagai komponen penting dalam pendidikan menyeluruh masyarakat Islam. Maka itu, rangka kerja pendidikan sistem madrasah tempatan akan terus dipertingkat bagi mengasah bakat dan kemahiran guru-guru agama supaya menjadi pembimbing yang berkesan dan terus meyumbang kepada masyarakat.

Demikian menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli hari ini (31 Jan) semasa ditemui di luar Simposium Guru Madrasah yang diadakan di Pusat Konvensyen Suntec City. 330 pemimpin dan pendidik madrasah menghadiri simposium "Masa Depan Guru Madrasah Singapura".

Encik Masagos menambah, ajaran Islam disesuaikan mengikut konteks bagi memenuhi keperluan masyarakat di Singapura, dan para guru agama berpegang teguh kepada nilai-nilai yang dipelajari sepanjang melalui sistem madrasah.

Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Encik Esa Masood turut akur dengan Encik Masagos. Dalam ucapan pembukaannya di simposium itu, beliau mengatakan bahawa golongan perintis menjadi asas penting madrasah-madrasah di Singapura.

"Para guru, asatizah dan pemimpin bertungkus-lumus berusaha untuk terus membina fikiran dan moral para pelajar. Dalam konteks persekitaran yang tidak menentu dan rumit, madrasah-madrasah masa kini memainkan peranan lebih penting dalam membentuk kehidupan masyarakat beragama," kata Encik Esa.

"Dengan mengasah pengetahuan dan kemahiran guru agama generasi akan datang, mereka akan seterusnya memikul tanggungjawab menyampaikan pendidikan dan nilai-nilai Islam yang positif kepada generasi seterusnya."

Encik Masagos turut menyampaikan Anugerah Ketua Madrasah Kontemporari MUIS50 kepada enam pemimpin madrasah yang masih berkhidmat atau pernah berkhidmat sebelum ini.

Antara mereka yang diiktiraf termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Madrasah Al-Ma'arif dan anggota aktif Jawatankuasa Bersama bagi pendidikan madrasah. Keenam-enam penerima anugerah itu sudah berkhidmat selama sekurang-kurangnya 15 tahun sebagai pengerusi, anggota jawatankuasa atau mudir/mudirah.

Encik Masagos turut menyampaikan Anugerah Pengajian Kerja Sosial kepada tujuh pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang tersebut.  

Penerima Anugerah Ketua Madrasah Kontemporari Muis50 2019:

1. (Anumerta) Allahyarham Ustaz Abdul Halim Bin Mohd Noor, Mantan mudir Madrasah Wak Tanjong 

2. Encik Abdullah Mohd Hussain, Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Madrasah Aljunied Al-Islamiah 

3. Encik Mohd Ma’mun H M Fadhlullah Suheimi, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Madrasah Al Ma’arif, Anggota jawatankuasa Pendidikan Madrasah 2000

4. Encik Mohd Yusuf Zuhri, bekas pengarah pendidikan agama di MUIS

5. Ustaz Shaik Hussain Shaik Yacob, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Madrasah Al-Arabiah Al Islamiah

6.Syed Abbas Mohamad Alsagoff, Pengerusi Madrasah ALsagoff

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan