Rangka Kerja Panduan Ketelusan baru dilancarkan
Para penderma boleh mendapatkan maklumat lebih telus dalam laporan badan-badan amal, dengan adanya Rangka Kerja Panduan Ketelusan yang baru.
SINGAPURA: Para penderma boleh mendapatkan maklumat lebih telus dalam laporan badan-badan amal, dengan adanya Rangka Kerja Panduan Ketelusan yang baru.
Ia dilancarkan hari ini (27 Sep) oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Grace Fu di Persidangan mengenai Tadbir Urus Badan Kebajikan.
Dibangunkan oleh Pesuruhjaya Badan-Badan Kebajikan, rangka kerja itu menggalak ketelusan dan amalan-amalan bertanggungjawab.
Ini termasuk bagaimana kegiatan-kegiatan badan kebajikan bersesuaian dengan tujuan penubuhannya, serta ketelusan dalam penggunaan sumber-sumber.
Di acara tersebut, Cik Fu menambah bahawa Pesuruhjaya Badan-Badan Kebajikan akan menghasilkan satu pencontoh laporan tahunan untuk melengkapi Rangka Kerja Panduan itu.
Keperluan laporan sedia ada juga akan diperkemas dengan lebih banyak butiran dikongsi tahun depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.