Rangka kerja kemahiran jagaan kesihatan akan dibentangkan tahun ini
Satu rangka kerja kemahiran yang melakarkan program-program latihan bagi para pekerja jagaan kesihatan akan dibentangkan tahun ini.

Wad hospital di Singapura. (Gambar fail: SGH)
SINGAPURA: Satu rangka kerja kemahiran yang melakarkan program-program latihan bagi para pekerja jagaan kesihatan akan dibentangkan tahun ini.
Menteri Negara Kanan Kesihatan merangkap Sekitaran dan Sumber Air Dr Amy Khor berkata demikian semasa menjawab Anggota Parlimen Dilantik K Thanaletchimi yang bertanya jika satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi meneliti keperluan latihan para pekerja.
Dr Khor menyifatkan rangka kerja tersebut sebagai lebih "fokus" dan "berkesan" serta melibatkan gerakan buruh di bawah Perancangan Perubahan Industri Jagaan Kesihatan.
"Rangka kerja kemahiran itu satu peluang untuk mengukuhkan lagi perikatan tiga pihak antara Kementerian Kesihatan, kelompok-kelompok jagaan kesihatan dan kesatuan untuk mempersiapkan tenaga kerja kita dalam mengharungi cabaran masa depan," kata Dr Amy Khor.
Beliau menambah, MOH akan terus bekerjasama dengan Kesatuan Pekerja Khidmat Jagaan Kesihatan dan kelompok-kelompok lain melalui forum-forum untuk mengenal pasti keperluan latihan, khususnya bagi para pekerja yang akan menggalas tugas-tugas yang kian penting.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.