Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rangka kerja 'kemahiran digital sepanjang hayat' bantu orang ramai laksana tugas harian online

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Jan 2024 07:40PM Dikemas Kini : 11 Jan 2024 12:07AM
SINGAPURA: Warga Singapura kini mempunyai akses kepada sumber berstruktur seperti buku panduan dan video untuk membantu dalam mengukuhkan kemahiran digital mereka.

Rangka kerja Kemahiran Digital Sepanjang Hayat (DSL) yang baharu, menyediakan panduan lebih baik untuk kedua-dua pelatih dan pelajar dalam mencapai sasaran tertentu pelajaran.

16,000 peserta menyertai projek rintis selama lima bulan bagi mewujudkan satu rangka kerja kemahiran digital yang baharu.

Menerusinya, tersedia sumber-sumber berstruktur meliputi 24 topik bagi lima kemahiran asas.

Ini termasuk, bagaimana memulakan dan menggunakan peranti bijak, berhubung dengan orang lain secara online, mencari maklumat serta kekal selamat semasa online.

Mereka juga diajar bagaimana untuk melakukan urus niaga secara digital.

Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) menyatakan, usaha tersebut akan membantu mereka yang kurang menguasai bidang digital untuk mengukuhkan kemahiran asas dengan lebih yakin.

SUMBER DIGITAL DISEDIAKAN BERMULA JANUARI

Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) juga bekerjasama dengan rakan kongsi di bawah pergerakan Digital Sepanjang Hayat, untuk membangunkan sumber yang selaras dengan rangka kerja tersebut, kata Menteri Negara Kanan Pembangunan Negara Tan Kiat How.

Mereka yang berminat boleh ke mana-mana hab masyarakat SG Digital, di mana duta yang bertugas akan "membimbing rakyat Singapura yang kurang mahir dalam bidang digital".

Selain itu, mereka boleh belajar pada rentak masing-masing dengan mengakses video dan buku panduan di portal Digital Sepanjang Hayat. Sumber tersebut membolehkan mereka megajar dan membantu keluarga dan rakan-rakan mereka mempelajari kemahiran digital.

Sumber digital dalam bahasa Inggeris akan dilancarkan secara berperingkat bermula Januari.

Manakala sumber dalam bahasa Mandarin, Melayu dan Tamil akan disediakan menjelang separuh pertama tahun ini, kata Encik Tan.
Sumber : CNA/AI/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan