Skip to main content

Singapura

Rangka kerja kemahiran baru dilakar bagi pekerja sektor perdagangan borong

Para pekerja dari sektor perdagangan borong akan dibantu menimba kemahiran-kemahiran baru seperti teknologi, bagi menyahut keperluan perusahaan yang berubah-ubah.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Nov 2018 08:56PM Dikemas Kini : 14 Nov 2018 11:03PM

SINGAPURA: Para pekerja dari sektor perdagangan borong akan dibantu menimba kemahiran-kemahiran baru seperti teknologi, bagi menyahut keperluan perusahaan yang berubah-ubah.

Satu rangka kerja kemahiran baru dilancarkan hari ini (14 Nov) bagi mengenal pasti 76 kemahiran teknikal yang diperlukan dalam bidang-bidang seperti pemasaran digital dan e-dagang.

Rangka kerja kemahiran itu dilancarkan oleh Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan, Dr Koh Poh Koon, bagi menyokong syarikat-syarikat membangun kemahiran kakitangan mereka.

Enterprise Singapore dan NTUC U SME juga akan melancarkan satu daya usaha baru yang bakal membantu syarikat-syarikat melakar pelan pengurusan bakat dan strategi pembangunan kemahiran.

Para individu boleh mendapat inspirasi daripada set kemahiran yang diperlukan sesuatu pekerjaan yang diminati.

Sejauh ini 18 buah syarikat berikrar untuk menyertai inisiatif itu dengan menghantar sekurang-kurangnya separuh kakitangan mereka bagi latihan dan peningkatan kemahiran. 

Sumber : CNA/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita